Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 November 2011

Gempar - Nik Aziz Sebut Iblis Syaitan Akan Datang Jika Pilihanraya Berasingan !!!

Nik Aziz melatah lagi. Iblis dan Syaitan disebut yang sekali imbas kita faham sebagai lawan kepada PAS iaitu UMNO.


Berita tersebut disiarkan dalam Malaysiakini ( atau gelaran baru - Cinakini ) 


“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan.
“Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” 



kata Nik Aziz dalam  http://www.malaysiakini.com/news/182177


Mulut yang keluar perkataan yang hodoh dan keji biasanya lahir dari hati yang kotor dan rosak.


Kebiasaan ulama hakiki tidak sesuka hati mengeluarkan perkataan yang boleh menghina pihak lain kecuali ulama yang diangkat untuk tujuan propaganda bukan untuk Islam.


Adakah layak Nik Aziz digelar Ulama selepas beberapa kali mengeluarkan perkataan tidak dibenar agama seperti celaka, sekular, Allah samseng, Allah pun mencarut ?


Sebelum ini sudah banyak putar belit dicatat seperti yang disiar oleh blogger PenaKSJ



1. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
2. “Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
3. “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” – Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
4. “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
5. “Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
6. “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
7. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
8. “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
9. “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.
10. “Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.
11. “PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
12. “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.




Rupanya gelaran Tok Guru adalah propaganda PAS untuk kelirukan rakyat seperti pendedahan arwah Ust Omar. 


Beliau juga pernah dedahkan Nik Aziz boleh dianggap murtad seperti yang disebut dalam video di bawah :




video di atas telah ditonton oleh 40,118 ketika artikel ini ditulis 12.16 pm.


sekian mohon disebarkan.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

AntaraPos berkata...

Perjuangan PAS Berubah- ubah | http://antarapos.com/v1/index.php?page=content.php&newsid=1017&type=%27news' | http://www.antarapos.com

Cari Blog Ini

Translate