Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 November 2011

Gempar : Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO 'Dibakar' BERNAMA RADIO


Unit Media Baru Hangatkan Segmen 'Kerusi Panas' Radio Bernama 24

Konti radio Bernama 24 diriuhkan dengan kehadiran kami dari Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia dalam segmen 'Kerusi Panas' yang disiarkan setiap hari pada jam 6.30 petang.

Pengerusi Unit Media Baru Tun Faisal Ismail Aziz yang menjadi tetamu dijemput oleh radio tersebut untuk membicarakan isu mengenai 'cyberwar' atau perang siber di antara blogger pembangkang dan juga blogger pro kerajaan.

Segmen 'kerusi panas' yang disiarkan setiap hari jam 6.30 petang merupakan segmen yang membincangkan topik-topik hangat yang menjadi pilihan masyarakat masa kini.

Terima kasih Radio Bernama 24 kerana memberi peluang kepada Unit Media Baru untuk menghangatkan lagi segmen 'Kerusi Panas'.

Antara foto-foto yang sempat dirakam oleh lensa YY :





Lennex sempat bergambar bersama Tun Faisal



Di akhir program tadi kami di Unit Media Baru berkesempatan bertemu dengan saudara Lennex yang lumpuh separuh badan selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan penderitaannya turut disiarkan dalam rancangan Bersamamu TV3 sebelum ini.
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/11/tak-pasal-pasal-kena-drill-di-kerusi.html



Panglima : peluang BERNAMA RADIO membuka suara pemuda ke ruang udara adalah tindakan yang kena pada tempat dan masanya.

Pemuda-pemudi hari ini sudah tentu akan berminat mendengar isu berkaitan media baru dan langkah menjemput tokoh dalam media baru seperti Tun Faisal adalah sesuai selepas sekian lama.

Tahniah Tun Faisal atas jemputan keemasan tersebut selepas  keluar dalam RTM sebelum ini.

Rupanya di BERNAMA ada drama radio (radionovella) yang sangat menarik... ermmmm Panglima rasa nak dengar semua drama mereka hasillkan... 

Teringat kembali selalu dengar drama radio terbitan RTM semasa kecil dahulu kerana itu sahaja hiburan yang ada dan mampu diguna keluarga Panglima.

Akhir sekali ayuh kita raikan kejayaan kawan kawan dan jangan dengki sesama sendiri demi perkara yang ditegah Ilahi.

Bersatu teguh bercerai roboh !


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate