Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 November 2011

Kenapa Tian Chua Tweet Gambar Saifuddin Nasution Renung Nurul Izzah ?

Dalam PC oleh Nurul Izzah sebentar tadi Tian Chua telah memuat naik gambar Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sedang merenung Nurul Izzah.


Sekali imbas tidak ada apa-apa tetapi dua kali tengok kita akan dapat lihat seperti ada sesuatu cuba ditunjukkan.


Adakah ia satu tindakan memalukan Saiffuddin Nasution oleh Tian Chua ? 


Wallahu A'lam.


Sekadar satu pandangan. Dalam politik perebutan jawatan biasa terjadi dan sebagai Setiausaha Agung Saifuddin Nasution paling berkuasa dalam PKR sekarang ini selepas Presiden.


Sidang media di atas oleh Pakatan tersebut dibuat berhubung senarai pengundi yang didakwa meragukan. 


Untuk makluman anda sebelum ini sebanyak 42,051 nama suda disiar oleh SPR (berita klik sini http://umno-online.com/ )  selama seminggu bermula 29 Oktober sehingga 3 November 2011 untuk disemak. 


Berita seperti di bawah :



KUALA LUMPUR, 25 Okt - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih yang rekodnya tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu bermula Khamis ini.
Menurut kenyataan SPR pada Selasa, nama pemilih berkenaan akan dipamerkan bersama daftar pemilih tambahan suku ketiga tahun ini di 987 tempat pameran seluruh negara.
“Senarai nama pemilih yang rekodnya meragukan bukan untuk tujuan tuntutan atau bantahan sebaliknya untuk pengesahan daripada pemilih berkenaan atau waris kepada nama-nama yang dipamerkan.
“Jika nama pemilih itu ada dalam senarai berkenaan, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengenal pasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan pendaftaran pemilihnya,” menurut kenyataan itu.
Dalam tempoh yang sama, SPR akan turut mempamerkan senarai 264,404 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 52,215 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Ketiga 2011 bermula Julai hingga September lepas.
Menurut SPR, mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2011 itu boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dengan menyerahkan borang tersebut kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh ia dipamerkan.
Bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam daftar pemilih yang dipamerkan boleh dilakukan dengan menggunakan Borang C.
SPR menasihatkan mereka yang ingin membuat bantahan memastikan bantahan adalah berdasarkan kepada alasan kukuh dan tidak dibuat secara melulu.
Selain daripada mempamerkan nama-nama pemilih baru dan pemilih berdaftar yang memohon untuk bertukar alamat pusat mengundi, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih.
“Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara, telah bersara daripada angkatan tentera dan polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya,” menurut kenyataan itu.
Bagi tempoh Julai hingga 15 Sept lepas, SPR mengeluarkan 69,293 nama daripada rekod pemilih berdaftar setelah disahkan meninggal dunia.
Dalam tempoh berkenaan, SPR memotong 1,068 nama pemilih berdaftar yang disahkan telah dilucutkan kewarganegaraan oleh JPN.



Justeru itu tidak wajar jika isu senarai meragukan terus dibangkit oleh Pakatan jika mereka menggunakan senarai yang telah diedar oleh SPR di atas.


Kecualilah jika mereka ada niat lain untuk merosakkan reputasi SPR demi mengelakkan Pakatan menanggung malu jika kalah pada PRU akan datang.


Apa komen anda tentang isu ini ? 


Anda mungkin ada pandangan lebih bernas !


Silakan tulis dalam kotak komen di bawah yang terbuka luas untuk diisi.



Sidang Media oleh Pakatan tentang isu nama pengundi yang diragui




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate