Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 November 2011

Mari Baca : Selamat Menyambut Awal Muharam 1433 Hijrah ( Termasuk Doa Awal & Akhir Tahun )

Selamat menyambut Tahun Baru Islam 1433 Hijrah kepada semua pembaca blog panglima dan juga rakan-rakan bloggers.


Ketibaan detik awal tahun ini marilah kita isi dengan niat dan azam untuk menjadi umat Islam yang mempertahankan Islam dan negara yang menaunginya.


Tanpa meninggalkan perjuangan memartabatkan bangsa Melayu yang diiktiraf dalam Perlembagaan sebagai Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.


Sempena hari yang bermakna ini juga mari kita rapatkan saf sesama pejuang siber untuk menumpukan perhatian kepada musuh Alif Ba Ta di alam siber bukan bertelagah sesama kita.


Sempena ketibaan awal Muharam pada petang juga ini mari kita mengadakan bacaan Yasin & Tahlil secara berjemaah bersama keluarga selain mengajak sanak saudara berkumpul untuk meraikan ketibaan detik bermakna ini.


Perjumpaan dalam majlis ibadat dan ukhwah akan menguatkan lagi hubungan sesama kita dan doa yang diaminkan beramai-ramai merupakan kaedah yang mampan untuk memastikan permohonan kita didengar lantas diterima oleh Allah Azzawajalla.


Jangan lupa doa untuk diri, keluarga, agama, bangsa dan negara termasuk seluruh umat Islam di mana sahaja samada yang hidup atau yang telah mati.


Awal Muharam seperti kita ketahui adalah merupakan permulaan tahun hijrah yang menjadi permulaan penyebaran Islam ke seluruh alam. Ia ditetapkan oleh Khalifah kedua Islam iaitu Saidina Umar ra.


Ia akan diingati sentiasa kerana sinar Islam makin terang bercahaya ke seluruh alam selepas berlakunya peristiwa hijrah dari Kota Mekah ke Madinah tersebut..


Berikut sedikit penerangan tentang peristiwa yang berlaku dalam bulan ini dan makna 'Muharam' :





MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. 

Nota : Pada hari ini biasanya penganut Syiah akan memukul dan mencederakan badan mereka atas dakwaan untuk mengingati kematian cucunda Nabi saw walhal ia tidak disuruh oleh Nabi sedikitpun.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" 


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate