1. Pakatan dilihat menggunakan Chegubard untuk menyerang SPR dan juga sistem pilihanraya di Malaysia sebelum ketibaan PRU 13 tidak lama lagi. Imej SPR yang semakin bersih pada persepsi rakyat berkat transformasi yang dibuat seperti undi lebih awal untuk golongan tertentu serta cap jari biometrik, membuatkan Pakatan terpaksa mereka cipta fitnah untuk menjadi sandaran jika kalah.
2. Dengan nada lebih keras nampaknya Chegubard semalam cuba mengugut Kerajaan dengan memberitahu dengan nada angkuh dan sombong bahawa
“Maka tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat turun bukan sahaja untuk melakukan protes tapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.
“Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihan raya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan,”
Perkataan 'sekian lama' bermakna Chegubard yang juga merupakan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, seolah-olah seperti tidak mengiktiraf PRU 12 yang telah memberikan 5 buah negeri kepada Pakatan. Begitu juga 'negara ini boleh diselamatkan' juga memberi makna seolah-olah negara kita terlalu teruk walhal Anwar Ibrahim sebenarnya yang sedang cuba diselamatkan oleh Chegubard sebelum ketibaan detik keputusan kes liwat.
3. Beliau turut memberitahu “Yakinlah rakyat sudah mula hilang kesabaran. Negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang ini.
“Jika pilihan raya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihan raya yang meyakinkan kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar,”
4. Kenyataan yang jelas bersifat samseng dan berniat jahat di atas, perlu diambil berat oleh pihak berkuasa, bukan sahaja Umno dan Barisan Nasional. Kenyataan berbaur hasutan ini tidak wajar dikeluarkan oleh seorang warga Malaysia yang sememangnya mengetahui bahawa Kerajaan tidak pernah menipu untuk mendapatkan kuasa. Buktinya BN pernah kalah di Kelantan yang hanya dimenangi oleh PAS dengan hanya perbezaan 2 undi membuktikan perkara ini adalah fakta ketelusan proses pilihanraya di Malaysia yang tidak mungkin ditolak sewenang-wenangnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berkata (klik sini), sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memanipulasi pilihan raya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu. Katanya jika pilihan raya di Malaysia boleh dimanipulasikan dengan mudah, tidak mungkin BN akan menyerahkan Selangor kepada pembangkang dan Kelantan terus kekal di tangan Pas.
5. Sekaligus apabila kenyataan liar ini diungkapkan oleh Chegubard, ia membuktikan bahawa Pakatan sudah nampak peluang mereka semakin terjejas untuk mengekalkan kuasa akibat kehilangan kepercayaan rakyat terhadap mereka. Lihat beribu-ribu ahli PKR keluar parti dan telah dilapor oleh Malaysiakini seperti imej di bawah.
6. Rakyat diharap jangan mudah tertipu dengan tindakan tidak beretika Pakatan yang cuba mewujudkan imej negatif pada SPR. Jika tidak percaya kepada sistem Pilihanraya elok sahajalah mereka semua mengelakkan diri dari bertanding dan membolehkan mereka tidak akan menanggung kemaluan yang besar jika kalah yang tentu berpunca dari kesilapan mereka sendiri yang tidak pandai mentadbir dengan baik dan juga tidak mampu menunaikan segala janji manis yang ditaburkan kepada rakyat, berbanding Datuk Seri Najib Tun Razak.
7. Tindakan Pakatan juga yang kerap memainkan isu berkaitan isteri Perdana Menteri (terbaru termasuk anak perempuan mereka) membuktikan tahap mentaliti politik Pakatan terlalu rendah kerana asyik menjadikan manusia yang lemah sebagai sasaran serangan. Ia jelas berniat jahat dan turut mendapat bantuan media antarabangsa. Contohnya Akhbar Kosmo di Indonesia dan Australia telah digunakan untuk menabur fitnah meskipun akhirnya mereka terpaksa meminta maaf atas siaran berita yang terbukti penuh fitnah dan merosakkan maruah serta nama baik Perdana Menteri dan keluarganya.
8. Namun malangnya di saat-saat media luar sudah meminta maaf, portal online Malaysiakini masih cuba mencalit imej buruk kepada YAB Perdana Menteri seperti artikel mereka berhubung permohonan maaf akhbar Indonesia KOMPAS di sini http://www.malaysiakini.com/news/173814
Tindakan ini jelas menunjukkan niat jahat Malaysiakini yang terus menerus cuba mencemarkan nama dan maruah Perdana Menteri Malaysia dalam laporan berita yang mereka siarkan.
9. Akhir sekali, serangan secara halus menggunakan individu, NGO serta portal seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider terhadap kepimpinan sekarang adalah satu usaha tersusun lagi terancang untuk menukar pemerintahan Islam Malaysia sekarang kepada pemerintahan pro Gay Lesbian Biseksual Transaksual / Transgender + Wahabi serta Pluralisme yang tidak ada nas dari Al Quran dan Sunnah. Bayangkan keadaan di negara kita yang pasti bertukar menjadi negara yang kacau bilamana ideologi politik dan praktikal agamanya selain akan diterajui oleh pemimpin yang tidak bermoral lagi menipu rakyat dalam perjuangan politik mereka.
10. Mari kita pertahankan kerajaan yang ada hari ini demi Agama Islam meskipun mungkin ada antara kita tidak bersetuju bangsa Melayu dipertahankan. Situasi hari ini sangat memerlukan sumbangan jihad anda walau sepatah perkataan untuk menentang setiap pembohongan dan penipuan yang digerak oleh anasir dalam dan luar negara kita. Khususnya di alam maya yang akan mempengaruhi pengundi muda.
Kuat Malaysia kuatlah Islam dan Majulah Melayu yang menjadi terasnya sejak dulu,kini dan selamanya di negara kita...
Cerita lengkap isu fitnah terhadap anak Perdana Menteri :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan