Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 November 2011

PAS Bersama UMNO Tentang Seksualiti Merdeka Ambiga Badut Anwar Yang Diharam Pihak Berkuasa !!!


Pas bantah penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011

03/11/2011 6:45pm


KUALA LUMPUR 3 Nov. – Dewan Muslimat Pas hari ini membantah sekeras-kerasnya Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan bagi mendapatkan hak kebebasan individu dalam isu pergaulan seksual di dalam negara.

Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, program yang bertujuan untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini tidak patut diadakan.

"Walaupun kita mahukan kebebasan untuk berhimpun, perlu ada garis panduan yang tidak melampaui tabii di negara yang agama rasminya adalah agama Islam,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan gaya kehidupan Barat yang memperjuangkan hak kebebasan hubungan sama jenis.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu tindakan segera diambil oleh pihak bertanggungjawab dalam hal itu.

Program yang dianjurkan buat kali keempat itu berlangsung di Galeri Annexe, Pasar Seni bermula Selasa lepas sehingga 13 November ini dan dilaporkan akan dirasmikan oleh Penganjur Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan. – Bernama






Polis haramkan semua program Seksualiti Merdeka - Khalid

03/11/2011 8:14pm


KUALA LUMPUR 3 Nov. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai hari ini mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program ”Seksualiti Merdeka” demi ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Datuk S. Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27A (1)(C) dan juga 298A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

"Polis menerima banyak bantahan dari pihak badan bukan kerajaan (NGO) termasuk badan agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula semalam sehingga 13 November ini, antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender. – Bernama

http://utusan.com.my/ 


TPM selar penganjuran program Seksualiti Merdeka



2011/11/03KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyelar tindakan pihak yang menganjurkan Seksualiti Merdeka 2011 dan menganggap amalan itu bercanggah dengan ajaran agama serta budaya masyarakat di negara ini. 

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, penganjuran acara itu tidak berfaedah dan tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak.

"Negara ini mempunyai nilai dan sistem yang perlu dipatuhi. Bahkan amalan luar tabii itu sangat ditegah dalam Islam malah agama lain juga melarang perbuatan itu," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan guru bahasa Inggeris SMR Group di Hotel The Gardens, sebentar tadi.
Muhyiddin mengulas laporan akhbar mengenai program itu yang dikatakan menghalalkan hubungan sejenis di negara ini. 

Kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka yang bermula semalam hingga 13 November depan. 

Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan program mereka melalui laman web www.seksualitimerdeka.org, kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan terbabit supaya diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.


http://www.bharian.com.my/

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate