Pengikut Blog Panglima

30 Disember 2011

80 Penyokong Setia DAP Masuk UMNO - Berita Mstar Online


Hakikatnya ahli PAS ialah ahli DAP dan ahli PKR. 3 dalam 1. Kerana mereka satu dalam tiga parti di bawah Pakatan Haram bernama Pakatan Rakyat.

Lebih kurang konsep Trinity sekali tengok.

Berita di bawah boleh ditulis seperti di atas dan harap semua sedar apabila mengundi PAS sama sahaja mengundi DAP dan menyokong parti diketuai peliwat PKR.

Undi PKR = undi PAS = undi DAP.

Cuma peliknya dua parti Melayu PAS dan PKR makin lemah namun DAP nampak makin kuat. Siapa bodoh siapa cerdik sebenarnya dalam Pakatan sekarang ? 

Anda jawablah sendiri.

Baca selanjutnya berita seperti di bawah.


80 Penyokong Setia PAS Di Bandar Baru Tok Bali Sertai Umno


PASIR PUTEH: Seramai 80 penyokong setia PAS di bandar baru Tok Bali secara beramai-ramai menyertai Umno kerana kecewa dengan kegagalan PAS membantu penduduk miskin dan membangunkan bandar baru berkenaan.

Mereka yang diketuai oleh Daud Hussin, 50, menyerahkan borang penyertaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman pada satu majlis yang diadakan secara besar-besaran.

"Saya dah jadi ahli PAS dah lama tapi tiada apa-apa perubahan yang dilakukan (sejak 21 tahun lepas)," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Daud berkata apa yang ada sekarang (projek-projek pembangunan) kesemuanya dibangunkan oleh Umno walaupun parti itu tidak berkuasa di Kelantan.

Rohayah Mat, 40, berkata beliau telah menyertai PAS sejak 20 tahun lepas dan mendapati tiada apa-apa yang dilakukan parti itu selain menabur janji demi janji untuk memancing undi.

Sementara itu, Zawawi ketika ditemui pemberita selepas itu, berkata sehingga ini, lebih 3,000 anggota PAS telah menyertai Umno dan ini satu gambaran baik bahawa Umno mampu merampas empat kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Limbongan, Selising, Gaal dan Semerak pada pilihan raya umum ke-13 kelak. - BERNAMA


http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/12/30/mstar_berita/20111230182736&sec=mstar_berita


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate