Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Disember 2011

Bebaskan Anwar 901: Sikap Majlis Peguam dipersoal ( Utusan Malaysia )

Bebaskan Anwar 901: Sikap Majlis Peguam dipersoal
30/12/2011 5:41pm


KUALA LUMPUR 30 Dis. – Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Majlis Peguam terhadap rancangan pembangkang mahu mengheret rakyat menjadi pelindung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi pertuduhan mahkamah, melalui kempen “Bebas Anwar 901”.

"Kepada Bar Council (Majlis Peguam), mereka perlu ada pendirian. Adakah semua kes yang diheret ke mahkamah seperti kes rogol dan bunuh, tertuduh akan buat perkara seumpamanya (buat perhimpunan sedangkan mahkamah belum membuat keputusan),” katanya kepada Bernama hari ini.

Kempen “Bebas Anwar 901” dilihat sebagai satu bentuk provokasi terhadap kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebagai tertuduh.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan berhubung kes liwat itu pada 9 Januari ini.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan juga meminta pihak berkuasa keselamatan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang perhimpunan seumpama itu daripada berlaku. - BERNAMA

Link asal :  http://www.utusan.com.my/


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate