Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Disember 2011

Bersarapan Pagi Bersama Pengusaha Umai D' LakeCafe Putrajaya

Pagi semalam panglima sempat bersarapan di Umai Cafe yang terletak di Presint 16 Putrajaya.


Kebetulan ikut kawan ke sana.


Maka kesempatan mengikut kawan membolehkan panglima berkenalan dengan pemilik cafe tersebut iaitu En Amir yang kebetulan berada di sana.


Selepas pulang satu artikel telah disiapkan namun beberapa masalah teknikal berlaku dan ia gagal diterbitkan sehingga memaksa artikel kedua ditulis semula.


Apa yang menariknya anugerah harga kedai patut telah diberi oleh KPNDKK kepada kedai beliau kerana harga ditawarkan sangat berpatutan.


Dengan lokasi tepi tasik sesiapa yang kebetulan berada di Putrajaya boleh singgah ke cafe beliau yang terletak bersebelahan Masjid Sultan Mizan atau digelar Masjid Besi dan berhadapan jeti Cruise Putrajaya.


Menu seperti roti jala, lempeng kelapa, nasi lemak antara yang menjadi tarikan utama.


Menurut Amir Redza yang berkelulusan bidang kejuruteraan, beliau sangat mementingkan kebersihan dalam menyediakan makanan kepada pelanggannya. Selain turut mengamalkan bacaan selawat untuk menambah keberkatan kepada makanan.


Pengalaman panglima sebelum ini juga mengesahkan pengusaha kedai makanan yang mengamalkan selawat di dalam proses menyediakan makanan menjadikan makanan mereka disukai ramai.


Umai Cafe D Lake Garden beliau juga menyediakan ruang tingkat atas bangunannya untuk sebarang majlis pertemuan yang boleh memuatkan 180 orang pada satu-satu masa.


Dengan pakej bermula serendah RM15 seorang minimum 50 orang, anda boleh mengadakan majlis pertemuan di sini dengan suasana yang nyaman kerana lokasinya yang berhampiran tasik Putrajaya. Selain tidak tertutup membolehkan pemandangan tasik dapat dilihat dengan jelas di situ.


Itu sahaja sedikit ulasan panglima, sila emailkan pertanyaan anda kepada umaicafe@yahoo.com jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang makanan dan pakej yang ditawarkan atau menghubungi beliau di talian yang panglima siarkan di atas.


Sekian, wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate