Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Disember 2011

Harakahdaily Cuba Selamatkan @cmlimguaneng Yang 'Tenggelam' Kerana Kapal Selam

Isu Lim Guan terus mendapat perhatian termasuk oleh suara rasmi Pas Harakah.
Lihat link berita Haramjadah opsss Haramkah opsss silap lagi Harakahdaily mereka di sini :

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6984-kapal-selam-jangan-percaya-putar-belit-media-bn?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

Rupanya tanpa kita sedar sebenarnya secara halus DAP dah berjaya memperalat Harakah untuk agenda jahat mereka burukkan negara melalui isu kapal selam tidak boleh menyelam.

Selepas kantoi mereka cuba alihkan isu lain seperti menunggu 21 bulan dan pembelian didakwa wujud unsur rasuah. Nampak perkataan mereka bahawa kapal selam tidak boleh menyelam yang cuba dialihkan dari sorotan kita, akhirnya dapat dilihat telah menjadi penipuan yang nyata kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kenapa isu lain pula yang dibangkitkan selepas Ketua Menteri dan dua Timbalannya menaiki kapal selam? Mereka sudah tentu sangat malu penipuan mereka akhirnya dibongkar tanpa sedar oleh Khalifah pujaan PAs Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang.

Dulu Harakah turut dijadikan suara PKR hingga isu Presiden Pas tenggelam berbanding isu Anwar sehingga menjadi isu dan membawa kepada kekalahan Husam Musa. Sekarang giliran DAP pula memperkosa kebebasan Harakah untuk nafsu kebinatangan politik keji mereka yang jelas mengancam keselamatan negara.

LGE berniat baik utk mengakui kapalselam boleh menyelam. Namun dia barangkali tidak menyangka tindakannya menaiki kapal selam telah merugikan Pakatan.

KD Tunku Abd Rahman sama seperti KD Tun Abd Razak mempunyai kapasiti yg sama. Apabila KD Tun Abd Razak boleh menyelam begitu juga KD Tunku Abd Rahman.

Tidak perlu dipertikai lagi kerana LGE & 2 lagi telah mengakuinya. Terlajak menyelam dan tenggelam itulah kesudahannya yang buruk untuk Pakatan dan sangat positif kepada Kerajaan.

YAB Perdana Menteri turut mengulas isu ini sila klik di sini :

http://flowersofnation.my/index.php/politik/30391-pembangkang-akhirnya-akur-dengan-kemampuan-kapal-selam-tldm-pm

Ini bukan terjerat dan menjerat, tapi soal realiti yg pembangkang sudah terkantoi kerana sudah terlajak perahu yg tidak boleh ditarik lagi

Apa gunanya memutar belit realiti? Jika ingin mencari undi sekalipun jangan digadaikan kebenaran demi kepalsuan. Akhirnya ia pasti dibongkarkan Tuhan.

Akuilah kebenaran walaupun realiti politik malu utk menerimanya.

Jgn menegakkan benang basah!

Berkata benar walaupun pahit dan setiap perkara yang pahit adalah ubat untuk semua penyakit.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate