Berikut komen ILMU :
Bismillah, Kami harap Ust. Azhar Azhar Idrus hadahullah (Semoga Allah memberinya petunjuk) dapat menarik kembali perkataan beliau yang mengatakan:
Minit 3: 43 - “Ulama muda ulama gila, masuk parti sekuler, masuk berenang dalam air najis, boleh 15K dengar khabar seorang sebulan, tapi duduk dalam najis sekuler. Sekuler ni keluar dari Islam, sesat dunia akhirat.”
Minit 4: 13 - “Mu terjun dalam tong najis terus, sign borang, isi borang, 40 Ulama Muda menyertai parti dulu kini dan selamanya, sesat dalam api neraka...”
[*] Perkataan Ust. Azhar ini adalah ayat takfir (pengkafiran) dan Ust. Azhar menegaskan secara pasti bahawa UMNO, ILMU, dan orang-orang yang isi borang menyertai UMNO bakal ke Neraka.
[*] Ingatlah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda (maksudnya), “Tidaklah seseorang menuduh kepada yang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir, melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan.” (Muttafaqun ‘alaih)
Minit 4: 30 – “(Ulama Muda) dia baham 15k sebulan sign borang. Pastu jadi boneka...”
[*] Sekali lagi kami tegaskan di sini, pernyataan ini adalah fitnah dan dusta ke atas kami (ILMU). Maksud firman Allah Ta’ala, “(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal ia di sisi Allah adalah besar.” (Surah an-Nuur, 24: 15)
Wallahu a’lam...
Semoga Allah memberi hidayah dan taufiqnya kepada kita semua agar berjalan di atas jalan yang benar, iaitu jalan yang ditempuh oleh Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya.
sumber : Facebook
Panglima dalam hal ini sangat bersetuju tindakan melabelkan Ulama Muda UMNO (ILMU) dengan ganjaran 15k sebulan yang belum dibuktikan dengan fakta, tidak boleh diterima sewenang-wenangnya.
Meskipun ia boleh jadi satu perkataan yang tidak muktamad (sekadar anggaran) namun sebagai tokoh besar Ustaz Azhar Idrus perlu menjelaskan isu perkataannya agar tidak timbul kecacatan kepada ilmu yang diajar oleh beliau tentang agama sebelum ini.
Dalam hal ini Ustaz Azhar Idrus perlu memohon maaf jika ia antara perkara yang tersalah cakap oleh beliau.
Begitu juga jika ia benar wujud, bukti bersesuaian wajar dipamerkan untuk mengelak ILMU dipandang negatif oleh masyarakat.
Tindakan ahli agama seperti ILMU menyertai UMNO sangat tepat kerana tugas ahli agama ialah untuk membawa manusia ke arah jalan kebenaran berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Meskipun ramai Ulama lebih selesai berada antara Kerajaan dan Rakyat agar manusia kedua pihak akan mendapat keadilan dari neraca Al Quran dan Sunnah Junjungan tanpa takut dicabut sebarang jawatan atau kekayaan.
Namun dalam masa yang sama dakwah yang berunsur Wahabi perlu dipantau dan perkataan tidak tepat dari mana-mana pihak juga perlu dibetulkan agar tidak berlaku kezaliman sesiapa sahaja. Pendirian ini adalah pendirian Panglima sejak detik pertama ILMU diterima menyertai UMNO.
Panglima tetap konsisten - ajaran menyeleweng seperti Wahabi perlu ditentang walau dari mana jua parti mereka wakili demi mengelak kerosakan akidah kepada rakyat beragama Islam di Malaysia khasnya. Begitu juga pandangan bahawa UMNO membawa kesesaatan dan sekular juga tidak tepat jika diungkapkan oleh mana mana tokoh yang arif dengan agama kerana ia tidak sepenuhnya tepat dengan realiti politik UMNO bawa hari ini.
Kesimpulannya : apa yang baik dari ILMU dan Ust Azhar Idrus perlu diguna oleh umat dan mana-mana perkataan tidak tepat dari kedua pihak tersebut juga perlu ditolak tanpa sebarang kompromi.
sekian, wallahu A'lam.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
13 ulasan:
Tuan panglima..majlis fatwa telah mengeluarkan fatwa bahawa fahaman wahabbi tidak menyesatkan..harap maklum,namun jika ustaz ynag mengkafirkan orang islam yg lain maka saya rasa lebih sesat..wallahua'alam
Wahabi tidak dibenar disebarkan di Malaysia.
Sesiapa nak jadi wahabi dipersilakan.
Namun untuk menyebarkannya tolong jangan.
• Bahaya Akibat Berhenti Menyeru Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran;- Anas ibn
Malik r.a. berkata, "Ditanya kepada Nabi s.a.w, "Ya Rasulullah, (apa akibat)
apabila kami berhenti menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran?" Nabi
s.a.w. bersabda: "Apa yang telah berlaku kepada Bani Israel, akan berlaku kepada
kamu. Apabila zina berleluasa di kalangan pemimpin kamu, ilmu pada urusan
orang yang terendah di kalangan kamu dan kuasa dimiliki oleh orang yang rosak di
kalangan kamu."";- [Riwayat Ibnu Majah, juga Kitab al-Fitan (Hadith 4015),
2/1331; Musnad Ahmad 3/187.].
• Kesilapan Menggunakan Al-Quran Sebagai Alat Propaganda;- Ali bin Thalib r.a.
berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul
di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya
kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka
bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu
sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang
harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak
sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam,
bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya;- (Riwayat Muslim).
• Kesalahan Menipu Daya Dengan Bertopengkan Agama;- Rasulullah s.a.w, bersabda:
Akan tampil di akhir zaman manusia-manusia yang melakukan tipu daya dengan memakai topeng agama. Mereka menyuruh manusia memakai pakaian yang dibuat dari bulu domba (bulu kambing) yang halus, lidah mereka lebih manis berbanding
gula, sedang hati mereka laksana hati serigala.";- (Riwayat Tirmidzi).
assalamualaikum...
pertamanya...saya ingin nyatakan di sini...saya tidak menyebelahi parti mana2..sbb saya rasa politik ni akan memecahbelahkan islam...
n dalam 73 golongan..dan hanya satu saja yg betul2 Islam...saya rasa semua parti politik ni...bukanlah yg 'satu' itu yg akan dapat syafaat...
sebab politik bukan caranya untuk menegakkan Islam...
maaf jika saya salah..tetapi setahu saya...Rasullullah tidak menggunakan politik untuk menegakkan Islam...
sumber hadith...Rasulullah bersabda:
"telahku tinggalkan 2 perkara...jika berpegang kepada keduanya..tidakkan sesat selamanya..yakni kitabAllah dan sunnah rasul"
wassalam...sekadar meluahkan pendapat
terima kasih dan agama mesti mengatasi politik bukan sebaliknya.
sy amat meminati tulisan saudara berkaitan politik malaysia. tp, menyerang golongan2 tertentu dgn tuduhan wahabi tanpa mengetahui hakikat wahabi adlh tidak adil sama sekali.
mmg bnr wahabi tidak dibenarkn di malaysia walaupun tidak difatwakn sesat. tp, haruslah juga saudara yg rapat dgn kerajaan mendesak supaya menghentikn penghantaran pljr ke saudi, jordan, yaman dan syria kerana bpotensi terpengaruh dgn fahaman yg dikatakn 'wahabi'.
sy nshtkn saudara berkenal2 dgn prinsip salaf. blk kepada quran, sunnah sesuai dgn petunjuk para sahabat. islam itu bkn mazhab syafie, maliki, hambali dan hanafi sahaja. jgn sempitkn diri dgn mazhab. islam itu hujah. dan hujah itu bkn hujah imam syafie sahaja.
jika ada kelapangan, sila tonton video ini:-
UFB - Kisah Saya Kenal "Hantu Wahabi"
jgn takut sgt dgn 'wahabi'. ms kerjakn haji nnt, sembahyang subuh xde qunut pun. semua org termasuk pengikut mazhab syafie akn ikut tanpa soal. itu mslh kita yg xknl ancaman sbnr umat islam..
En Kamal : mazhab empat disepakati ulama.jgn menentang perkara ijmak, wahabi salafi tidak sesuai kerana ia melibatkan soal akidah yang tidak disepakati ulama.maaf
assalamualaikum.....
saya tertarik dengan isu doa qunut yg di bicarakn...
sebenarnya...sya tidak hairan kalau tidak membaca doa qunut...ini kerana..setahu saya..doa qunut bukanlah rukun dalam solat...doa qunut hanyalah sunat..yakni sunat ab'adh...
ibadah sunat ini...untuk menampung ibadah2 wajib kita yg mungkin tidak tersempurna mana...ibadah sunat ini untuk 'cover' mana2 yg berlubang...
lagi satu...imam itu ketua...jika imam tidak membaca doa qunut..kita mesti ikut dia...sebab dia ketua...selagi dia tidak membuat atau menambah bidaah pelik2..kita perlu ikut(jika saya salah..sila betulkan saya ya)
furthermore...saya tidak tahu sangat pasal fahaman2 yg ada sekarang ni...sebab setahu saya...Rasulullah S.A.W itu Islam..n dlm quran pun ada ayat yg menyatakan yg Nabi Ibrahim itu Islam..n semestinya permulaan kita iaitu Nabi Adam itu Islam...jd..kenapa kita ada label2 seperti ini...ini menampakkan betapa berpecahnya Islam sekarang ini..jd...yg manakah sebenarnya yg 'satu' daripada 73 ini?
bukan maksud saya wahabi ini salah...n bukan saya kata wahabi ni betul..sbb redha hanya drpd Allah...marilah kita fikir2kan...
wassalam..hanya ingi berkongsi n belajar...
assalamualaikum...
camni lah...terus terang aku katakan...aku bukan penyokong parti pembangkang...tapi apa yang ustaz azhar idrus kata, ada benarnya jugak...allah akan sentiasa memberi petunjuk pada manusia yang pilih berjihad dijalan-NYA...
Minit 3:43 - kita kena kaji apa itu sekuler...dan kenapa sekuler itu keluar dari islam...kita kena tgk aspek dalam pemerintahan sekuler...ini bermakna pemerintahan sekuler yang tidak berlandaskan syariat agama telah lari dari garis lurus.
Najis - ayat tu bukan bermaksud najis...ni penggunaan bahasa daerah....so sebagai rakyat tanah melayu...kita kena faham.
Minit 4:13 - sesat dalam api neraka. kalau sesat masuk syurga ke? dah tentu masuk api neraka kan? so sebagai peringatan, jgn buat benda2 sesat...
dan perkataan bakal ke Neraka...Imam Syafie yang menjadi ikutan pun bertaubat dgn ayat taubatnya...tuhan ku aku tidak layak untuk syurgamu....dan aku tidak sanggup untuk ke nerakamu... takkan la kita yang penuh kekotoran ni dengan bangganya comfirm masuk syurga...bakal(perkataan yang belum pasti)
Minit 4:30 - ni terus terang la... kalau 15k...kena lebih menonjol...kena pergi ke masjid2 buat ceramah...ajar anak2 kampung...itu maksudnya jgn berdiam CAM BONEKA...JADI BILA RAKYAT TAK NAMPAK JASA DIORANG...itu yang timbul persoalan...kerja2 yang diorang buat...
iscandar ibrahim
saudara, sila berikn rujukan mana mengatakn akidah wahabi tidak sama dgn akidah mazhab 4? jika ini benar, umat islam di malaysia ke arau saudi tidak boleh berimamkn seorg imam wahabi kerana akidahnya berbeza.
Assalamualaikum. seharusnya HIMPUNAN SEJUTA BELIA yang diadakan di terapkan dengan nilai agama. seperti ceramah. brulh dpat melahirkan pemimpin yang berjaya dunia dan akhirat..dikalangan golongan muda.. bukannya dengn hiburan melalaikan. sedih tgok kemaksiatan yang berluasa tanpa d tegah dimana letaknya nilai agma islam.Wallahualam
Catat Ulasan