Beberapa hari lalu anak arnab warna cokelat dipanggil Koko dianggap sudah mati. Ini berdasarkan penemuan bangkai anak arnab yang lain seperti yang disiar dalam artikel bertajuk 'Hari Amat Sedih'.
Lima ekor hilang ditarik oleh Allah dan ia satu kehilangan yang menyedihkan terutama kepada puteri kedua Panglima. Menangis teresak-esak rindukan anak arnabnya.
Sabtu lepas tanpa disangka seorang budak anak jiran sudah menghantar anak arnab Panglima yang dicam kerana pernah melihatnya di rumah panglima. Seperti gambar di atas.
Ini bukti kebesaran Allah Taala mendengar suara hati anak Panglima yang sedih kehilangan anak arnabnya. Anak kecil hati bersih dan ia terus diangkat malaikat tanpa ditapis akan doa mereka.
Si Koko anak yang sudah besar lahir 25 Disember 2011 manakala empat yang lain masih kecil kerana baru berusia beberapa minggu selepas lahir 25 Jan 2012.
Jika ada sebarang hajat berdoalah dengan diaminkan anak anda selepas solat berjemaah. Mereka nafsu fitrah suci dari karat dosa.
Terima kasih Ya Allah 'menghidupkan' anak arnab Panglima. Selepas 'mematikannya' apabila hilang dari pandangan mata !
Kuasa doa sangat hebat! Boleh memusnahkan dan mematikan jua menghidupkan.
Hati-hati guna kuasa doa anda melainkan demi Agama Bangsa Negara bukan untuk kepentingan diri mahupun peribadi. Jangan didoa celaka seperti Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat yang pernah doa PM kita dengan doa biar ditimpa celaka.
Walau PM juga yang menziarahinya ketika sakit di hospital satu ketika dulu dan mengatur rawatan di IJN untuk beliau selepas itu. Sungguh terpuji PM kita walau tiada serban di kepala.
Pesanan Panglima : Jangan cari lawan dan jangan tidak melawan jika dilawan kecuali anda orang yang tinggi iman.
Semoga sahabat semua bersatu hati mempertahan Malaysia dan jangan ada perasaan hasad dengki sesama kita. Mari bersama-sama berblog bukan bersaing atau mencantas sesama kita.
Sesiapa mahu khianat, tunggulah akibatnya!
Siapa pentingkan diri, nasihat Panglima anda tidak akan ke mana.
Siapa bongkak dengan kejayaan, akan tertiarap ke tanah diajar Allah kemudiannya.
Pakaian Allah iaitu sifat mutakabbir (sombong) jangan dicuri oleh kita yang maha lemah ini.
Sekian, wassalam.
Allahumma Solli Wasallim Wabaarik Ala Saidina Muhammad waalihi wasallim.
Artikel ditulis dalam perjalanan ke PWTC menghadiri hari kedua Malaysia Social Media Week 2012.
1 ulasan:
assalam bro,
syukur ALHAMDULILLAH...
lain kali jaga binatang ni baik2 sebab kita memikul tanggungjawab yg besar memelihara binatang...
pejuang hamas...
Catat Ulasan