Gambar Datuk Ahmad Maslan mencampakkan buku Jingga Pakatan ke dalam tong sampah.
Ahmad Maslan 'bakul sampahkan' Buku Jingga
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.
Menurutnya, beliau bertindak demikian dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat tepat.
Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini.
Malaysiakini dan portal berita Merdeka Review bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan pada acara itu dan hanya dibenarkan menghadiri sidang media selepas majlis berkenaan.
Buku Jingga yang memuatkan tawaran 100 hari sekiranya berjaya menawan Putrajaya antaranya berjanji akan membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketika Felda.
Bercakap dalam sidang media selepas itu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata tindakannya memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah memang dimaksudkan kerana hujah pembangkang didakwa "amat salah".
Bantu keluarga miskin
"Pertama, mereka sebut tanah itu milik Felda Plantations. Felda Plantations tak ada tanah. Itu pun dah salah, belum lagi ulasan yang saya sebut (dalam sesi penerangan)," katanya.
"Itu sebabnya saya masukkan dalam tong sampah di depan peneroka, sebab mereka tak sudah-sudah pergi bagi borang tanah. Macam mereka ini DO (pegawai daerah). Nak faraid tanah, kononnya tanah Felda Plantations."
Sebaliknya, jelas Ahmad, Felda Plantations hanya mengurus dan pemilik sebenar tanah adalah "the big Felda" selepas kerajaan tidak lagi memberikan tanah kepada peneroka pada 1990 supaya ia dapat berdikari dan mendapat keuntungan.
"Dan itu sepatutnya bantu keluarga miskin lain. Jadi tanah itu tidak boleh nak serahkan pada anak peneroka. Dan kalau kita beri tanah pada anak peneroka, orang kampung yang ayah dia tak dapat tanah, Cina tak dapat tanah, India tak dapat tanah...
"Tiba-tiba nak lagi pada orang yang ada tanah tanah. Adil ke tu? Sebab itu saya campak buku tadi dalam tong sampah," soalnya lagi dengan sinis.
Ahmad juga berkata keuntungan Felda juga, antaranya melalui tindakan terbaru untuk menyenaraikannya di Bursa Malaysia pada Mei akan diserahkan kembali kepada rakyat.
"Itu jauh lebih baik daripada Buku Jingga dan 'Negara Berkebajikan' PAS yang juga sebut pasal Felda ini," katanya lagi.
Lalu blogger Pakatan Greenboc telah menggigil marah atas perbuatan tersebut seraya berkata :
Hari ini hari kau Ahmad Maslan. Kau boleh membakul-sampahkan "Buku Jingga" milik Pakatan Rakyat. Perbuatan membakulsampahkan adalah satu tindakan melampaui batas.
"Bakul sampah" dan "penyapu" adalah dua lambang kepada sesuatu yang tidak elok, dan setiap perlakuan yang mempermainkan kedua-dua peralatan tersebut, insyaAllah, bakal menerima "suweh"nya.
Dahulu GB pernah mengulas mengenai Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada PBT. Dan akhirnya, apa yang GB katakan itu menjadi kenyataan, Khir Toyo terkena suweh penyapu tak kunjung sudah. Begitu juga kelompok UG yang mengagungkan Hassan Ali, akhirnya apa berlaku? Hassan Ali dihumban keluar dari parti.
Bagi Panglima : simbolik membuang janji palsu Pakatan adalah lambang keberanian seorang pemimpin. Percayalah - penyapu simbol kepada alat membersihkan sampah dijadikan bahan psy-war memburukkan BN dengan bantuan jentera media sosial untuk memburukkan Dr Khir Toyo. Sehingga penyapu dianggap benda sial.
Begitu juga buku Jingga 13 Pakatan yang sememangnya wajar dibuang kerana banyak janji palsu bukan janji yang boleh dipegang. Jika senang menjaga negara sudah tentu DS Najib tidak akan makin putih kepalanya menunjukkan beliau bekerja keras demi kita semua. Tindakan membuang buku Pakatan Jingga 13 oleh Datuk Ahmad Maslan adalah tepat dan tentu menambahkan lagi kesedaran umat Islam atas pembohongan janji palsu Pakatan yang sungguh dahsyat.
Kepada GB - jangan terlalu takbur. Sikap ini punca Iblis dihalau dari syurga walau menjadi ketua di sana.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan