Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Februari 2012

Bertuah Bila Naib Presiden @HishammuddinH20 Balas Twitter Rakyat Seperti @panglima_cyber cc @tunfaisal

Alhamdulillah sebentar tadi jam 1.58 pm Menteri Dalam Negeri merangkap Boss Tun Faisal Ismail Pengerusi Unit Media Baru Pemuda Umno Malaysia menjawab tweet Panglima. Dalam masa lima minit sahaja seorang Menteri yang sudah tentu sibuk, telah menjawab tweet rakyat marhaen seperti Panglima yang dihantar pada 1.53 pm.

Sebenarnya ini kali pertama (rasanya) Panglima tweet berbual dengan pemimpin seperti DS Hishammuddin kerana Panglima tidak sempat menyapa Menteri KDN merangkap Naib Presiden UMNO.

Namun hari ini tergerak hati pula menghantar tweet kepada beliau dan tanpa disangka ia sudah dijawab siap dengan senyuman dalam mesejnya seperti skrin di atas.

Sebelum ini juga Panglima sudah pun membuat tajuk artikel dengan meletakkan ID twitter PM dan Menteri antaranya seperti beliau. Namun hari ini Panglima tergerak hati pula menulisnya. Mungkin mood gembira berjumpa PM serta rakan blogger di PWTC menyebabkan ia membuka ruang tersebut.

Apapun semua Menteri parti Umno Panglima sanjung dan yakin Allah akan kekalkan kerusi mereka selama mana mereka kekal mengingati Allah dan akan turunkan mereka dari kerusi jika gagal berubah untuk kembali kepada Allah !!!

Jika anda mahu dipilih maka mintalah kepada Allah bukan melobi sana sini atau membuat taktik kotor untuk mengkhianat parti. Apatah lagi dengan mencantas dan sabotaj sesama ahli.

Syabas juga kepada Tun Faisal pegawai khas beliau atas kerajinan DS HH menulis dan menjawab di twitter beliau dan harapnya ramai juga Menteri lain akan aktifkan kembali twitter mereka walau sedar ia berisiko jika silap menulis di alam maya maha luas dan jauh jangkauannya ini.

High risk High Income - dok gitu boh?

Sekian, artikel disiapkan di tepi taman permainan membawa anak isteri berjalan ambil angin waktu petang.

Mula tulis : 2 pm siap 7 pm

1 ulasan:

pukimaq berkata...

Seronoklah tuan hamba dapat bos yang baik.Homo cun pun seronok dapat sayangku yang sama suka bontot macam homo cun ni.

Cari Blog Ini

Translate