Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Februari 2012

Menghadiri Malaysia Social Media Week 2012 @msmw_2012 Dengan @aznilnawawiHM @LisaSurihani





Bismillah Walhamdulillah Wassolatu Wassalam 'ala Rasulillah Waalihi Waman Waalah.


Alhamdulillah hari ini Panglima kali kedua sertai persidangan blogger sedunia. Atau World Bloggers and Social Media Summit 2012.Ia diadakan sempena Malaysia Social Media Week 2012 yang bermula pada 13 - 17 Feb 2012.



Bertema Reflections of The Social Media Revolution di PWTC dengan anggaran kehadiran 500 peserta seluruh dunia.Ia akan berakhir esok hari manakala acara keseluruhan minggu media sosial ini dijadualkan tamat pada 17 hb Feb 2012.


Yuran penyertaan RM350 seorang.


Ucapan Perasmian KSU Kementerian Penerangan

Wakil Unit Media Baru Pemuda Umno juga turut menghantar empat wakil ke sini. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin akan bersama Nik Nazmi acara petang ini.


Panglima akan disiarkan di sini Insya Allah liputan persidangan yang hebat ini.


Antara yang turut hadir pagi ini ialah Aznil Nawawi,Altimet dan Lisa Surihani yang dikenali dengan follower mereka yang ramai.


Tetamu Kehormat bergambar dengan KSU



gambar dari twitter Aznil Hj Nawawi

Harap dapat berkenalan dengan ramai kawan di sini nanti. Selain bertemu rakan lama seperti Didimazril.


Ia dirasmikan oleh KSU Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf.


Sebarang info berkaitan boleh dibaca di www.socialmediaweek.com.my atau http://www.worldbloggerssummit.com/




Wasollallahu 'Ala Saidina Muhammadin Waalihi Wasallim

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate