Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Februari 2012

Pelancaran Jentera PKR Pahang Sebentar Tadi Oleh Anwar Ibrahim Gagal ! Cc @NajibRazak

Panglima berkesempatan mengikuti ceramah oleh Chegubard dan Datuk Seri Anwar di Dataran Rakyat Kuantan Pahang sebentar tadi.

Selepas itu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim juga memberikan ceramahnya.

Pengerusi memaklumkan ceramah beliau diawalkan khas untuk penduduk Pahang. Satu psy-war yang baik tetapi sayang tidak mendapat respon dari rakyat.

Antara perkara pelik yang ditinjau semasa perjalanan ke tempat ceramah sebentar tadi ialah tiada bendera Pakatan berkibar menyambut ketibaan Anwar. Lihat gambar.

Seperti kebiasaan bendera akan dipasang jika ada ceramah politik walau oleh pemimpin tidak berjawatan tinggi dalam parti.

Ini seperti memberi signal seolah-olah Pakatan sudah hampir pupus di Kuantan. Lihat gambar yang disiarkan di atas.Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Bayangkan ceramah perdana dihadiri oleh Anwar Ibrahim dan Chegubard hanya dihadiri seramai 1000 orang ?
Bukankah ia sesuatu yang sangat ganjil.

Dalam ucapan Chegubard beliau turut mengakui jentera partinya lemah, menunjukkan sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam PKR sekarang.

Mujurlah Hj Hadi atau Nik Aziz tidak datang.

Begitu juga ketika semua memberi tumpuan isu Lynas yang dikecohkan oleh YB Fuziah, sedikitpun Anwar Ibrahim tidak sentuh perkara tersebut sedangkan esok ialah hari Himpunan Hijau 2.0!

Kerusi atas pentas utama juga kosong dan itulah sebenarnya gambaran masa depan Pakatan yang semakin kosong selepas ditimpa malang akibat kelalaian mulutnya sendiri menyokong negara haram Israel.

Isu UMRAH juga disentuh di mana beliau menempelak Umno kerana mempolitikkannya sedangkan blogger mereka juga membuat serangan politik semasa ibadat HAJI YAB Perdana Menteri !

Belum pernah Nik Aziz Nik Mat menentang Anwar Ibrahim dalam isu-isu lain namun kali ini beliau bersama Majlis Syura Pas menentang keras usaha untuk menyokong negara haram zionis Israel walaupun selepas mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Fikirkanlah dan jangan mudah terpedaya wahai saudara/i semua.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate