Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Februari 2012

Utusan : Gambar Badrul Amin, Isteri Tua Dan Isteri Orang Di JAIP Siang Tadi




'Saya bantu dapatkan bilik penginapan'

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar) menafikan laporan media yang beliau ditangkap khalwat bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.

Malah beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz yang mengesahkan tangkapan khalwat itu sebagai tidak benar serta menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.


Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor itu mendakwa, beliau hanya ditahan oleh pegawai JAIP untuk membantu siasatan selepas hampir 20 minit dipukul dan dikurung dalam bilik hotel oleh sekumpulan lelaki yang diketuai oleh suami wanita berkenaan.

Menurut Badrulamin, beliau membantu wanita tersebut mendapatkan bilik penginapan di hotel itu atas rasa tanggungjawab selepas melihat wanita berkenaan yang didakwanya menghadapi masalah rumah tangga, datang menemuinya pada pukul 2 pagi bersama anak yang masih kecil.

"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai JAIP. Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin PKR pada 24 hingga 26 Februari dan saya mengambil peranan aktif dalam majlis itu.

"Pada petang 24 Februari, wanita tersebut menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana bimbang keselamatan diri. Saya dengan tegas menasihatkan supaya jangan berbuat demikian.

"Bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari, beliau menghubungi saya memaklumkan berada di lokasi Temurapat Pemimpin PKR dan atas rasa tanggungjawab, saya membantu mendapatkan bilik penginapan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Badrulamin memberitahu, beliau mengenali pasangan suami isteri tersebut sejak lebih setahun lalu, semasa wanita berkenaan bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah dan sejak itu, sering berhubung kerana mereka menghadapi masalah rumah tangga.

Jelasnya, dalam usaha membantu pasangan tersebut, beliau dan isteri pernah menziarahi keluarga itu di Rompin, Pahang.

"Saya berharap dengan penjelasan ini, semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya,'' katanya.

Menurut Badrulamin, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadapnya.


Panglima : kita tunggu gambar atau video yang dirakam pihak JAIP semasa membuat serbuan. Mustahil wanita UMNO akan mengadu masalah dengan Badrul Amin kecuali wanita PKR jua. Justeru tidak mustahil ini satu cubaan untuk memerangkap UMNO demi membuktikan beliau difitnah demi meraih simpati rakyat.

Ketika ini isu menyokong negara Israel yang dilaporkan Wall Street Journal memang menjadi bala yang besar kepada Anwar. Beliau yang terkial-kial menjawab isu tersebut, akhirnya telah diaibkan dengan kenyataan Majlis Syura PAS yang menolak kenyataan Anwar menyokong negara Israel seperti mana yang disuarakan oleh Anwar.

Perkara paling hangat juga yang cuba ditutup dengan isu khalwat (pada pandangan Panglima) ini ialah kes perselisihan Exco Kedah yang dikatakan bakal mewujudkan kerajaan campuran PAS dan BN yang paling ditakuti oleh Anwar dan sekutu rapatnya DAP. Bayangkan masa suram Pakatan jika PAS mengambil keputusan keluar dari Pakatan untuk berasmara dengan UMNO/BN dengan negeri pertamanya ialah Kedah. Tidak mustahil PAS yang sudah sekian lama di Kelantan tentu tidak mahu ditumbangkan kali ini dan barangkali itulah punca buat kali pertama Anwar Ibrahim dihentam oleh Nik Aziz berkenaan isu sokongan negara Israel.

Selain itu isu Lynas yang juga disokong Hj Hadi dan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat iaitu Dr Che Rosli menyebabkan DAP dan PKR merasa terancam dengan kenyataan tersebut. Jika gagal Lynas maka PKR dan DAP akan malu kerana sejak sekian lama mencanangkan betapa bahayanya Lynas kepada orang Kuantan walhal ia adalah selamat dan turut disahkan IAEA - sebuah badan nuklear dunia. Jelas isu ini juga boleh menjatuhkan maruah mereka dan jangan terkejut pemimpin PAS seperti Hj Hadi dan Mat Sabu tidak hadir pada perhimpunan hijau tersebut.


Sebagai blogger mari kita kaji segenap sudut, dan jangan mudah terperangkap selain kena selalu berhati-hati dengan psy-war yang sangat sukar dijangka dengan segera...

Tidak mustahil juga kemungkinan bahawa ahli PKR sendiri yang perangkap Badrul Amin demi menjamin masa depan Pakatan yang kian suram, dengan isu khalwat ini tanpa pengetahuan beliau sendiri.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate