Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Mac 2012

Gambar Ketua Pemuda UMNO @khairykj Imam Solat Mesti Anda Lihat cc @NajibRazak

 


yang biasanya, ustaz ahli agama jadi imam solat....Yang tidak biasa ialah bukan ahli agama juga mampu jadi imam...

Bukan syarat jadi pemimpin kena mampu jadi imam namun jika mampu mengimamkan rakyat maka ia kelebihan yang besar untuk dirinya sendiri.

Masalahnya ada orang tidak mampu jadi imam tetapi tetap mahu jawatan imam hingga jemaah tunggang langgang.

Syabas Ketua Pemuda Umno Malaysia atas pencapaian ini. 

Teringat Panglima juga pernah solat belakang Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang memiliki bacaan yang baik sebagai imam walaupun bukan dari kalangan agamawan.



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

CAR FACTORY - DENVER berkata...

Alhamdulillah, satu-satunya gambar yang kita dapat saksikan.

Saya rasa ramai berpendapat dengan saya, dimana kita sebenarnya tidak perlukan bukti ini untuk membuktikan dia boleh mengimamkan atau tidak.

Sebaliknya, gambar KJ yang ditangkap semasa mengimam ini, membawa persepsi berbeza iaitu seolah-olah ini pertama kali beliau mengimamkan jemaah.

Kita tidak tahu sama ada ini sudah kali 10 atu 100 ke dia mengimam solat jemaah, tapi yang penting, gambar ini tidak penting dan tidak perlu disengaja BUKTIKAN kepada ramai.

Lainlah dengan solah jemaah yang diimamkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kerana ulasan mereka bukan sebab pemimpin ini boleh jadi imam, tetapi pemimpin ini sedang mendirikan solat hajat dengan rakyatnya.

Kalau KJ hanya sekadar mendirikan solat 5 waktu, saya berfikir, tidak perlulah tayang disini. Saya khuatir jika ini jadi tidak lebih daripada mahu membuktikan kepada umum daripada membuktikan kepada Allah. Sudah tentunya KJ tahu gambarnya diambil dan ditayang dalam laman-laman blog di internet :-)

Melainkan KJ boleh mengimamkan jemaah dalam sebuah masjid, tetapi itu dah jadi riyak pula. Biarlah bersederhana, Allah Maha Mengetahui.

Cari Blog Ini

Translate