Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Mac 2012

KDN Tidak Puas Hati Penjelasan The Star Isu Erykah Badu cc @HishammuddinH20 @NajibRazak


Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berpuas hati dengan penjelasan The Star berhubung penyiaran gambar seorang artis luar negara dengan tubuhnya bertatu tulisan "Allah" di akhbar itu 27 Februari lepas.

Sehubungan itu, KDN menuntut akhbar berbahasa Inggeris itu mengemukakan cadangan tindakan lebih tegas kepada kementerian bagi memastikan kesilapan sama

tidak berulang selain dapat dijadikan pengajaran pada masa hadapan.

"KDN ingin menegaskan supaya The Star dan pihak media seluruhnya mengambil tindakan 'preventive', 'corrective' dan 'informative' bagi mengelak paparan
kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," kata KDN dalam kenyataan hari ini.

Pada 27 Februari lepas, KDN meminta The Star memberi penjelasan mengenai penyiaran gambar berkenaan.

Sehari kemudian, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan pembatalan konsert penyanyi itu yang dijadual 29 Februarikerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Beliau dilaporkan berkata perbuatan artis itu meletakkan tulisan "Allah" di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.

The Star dalam pada itu membuat permohonan maaf di akhbarnya dan laman portal beritanya berhubung penyiaran gambar berkenaan. - Bernama



Panglima : sebagai cadangan lebih elok jika ada jawatankuasa yang membuat penilaian seseorang artis yang ingin membuat persembahan di Malaysia. Pembatalan di saat akhir, walaupun menguntungkan Islam namun ia menimbulkan kerugian kepada pihak penganjur. Maka elok difikirkan idea ini untuk mengelakkan sebarang masalah timbul pada masa hadapan. 

Begitu juga sebarang salah laku oleh akhbar seperti The Star perlu dikenakan denda yang berat seperti saman berjumlah ratusan ribu untuk setiap kesalahan yang dibuat. Ia benar-benar akan mengajar akhbar Malaysia agar tidak sewenangnya menerbitkan bahan yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate