Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Mac 2012

Pro-Mahasiswa Bawa Batu Nisan Ke KPT Tanda Akan Kalah?

Laporan blogger Cucu Tok Selampit :

Hanya kira-kira 15 orang Mahasiswa Universiti yang mewakili Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hadir ke pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya. Tujuannya adalah untuk menyerahkan Memorandum Menuntut Pilihanraya Kampus agar segera diadakan.


Memorandum berkenaan diserahkan kepada En Khairi Abdul Malek, Setiausaha Politik kepada Menteri KPT, DS Khaled Nordin. Yang paling melucukan apabila mereka turut menghadiahkan batu nesan kepada Menteri KPT.


Mungkin mereka tidak sedar, mereka hanyalah sekadar pepijat yang tidak berguna di kalangan Mahasiswa. Atau mungkin mereka terlupa bahawa lebih 10,000 orang Mahasiswa telah hadir dari seluruh negara untuk memberikan sokongan kepada Kerajaan di bawah pimpinan DS Najib Tun Razak tempoh hari di UiTM, Shah Alam.



Panglima : mahasiswa yang baru sahaja berkumpul lebih 10 ribu di Shah Alam Rabu lalu bersama PM nampaknya cuba dicabar oleh sekumpulan kecil mahasiswa pro-M petang tadi di KPT. 

Sebelum ini mereka mengusung keranda 152 semasa isu PPSMI, kali ini mereka bawa batu nesan untuk dihadiahkan kepada Menteri KPT. Meminta pilihanraya diawalkan.

Apa yang boleh dibaca ialah mereka sudah tergamam melihat betapa ramainya mahasiswa membawa aspirasi nasional berkumpul memberikan sokongan kepada YAB Perdana Menteri lalu membawa batu nesan untuk cipta gimik seolah mereka mahu memberikan mesej 


demokrasi sudah mati.

Tindakan ini menampakkan mereka sudah tidak sabar untuk berpolitik di kampus dan tidak pedulikan masa depan sendiri. WALHAL DEMOKRASI BOLEH DIANGGAP BILA PENGUNDIAN DIHENTIKAN DI IPT. Lebih teruk Malaysiakini nampaknya membantu usaha mereka dengan mereka angka yang palsu dari 40 orang kepada 80 orang.

Menurut seorang pegawai KPT yang ditemui memberitahu tujuan dilambatkan Pilihanraya Kampus untuk membolehkan semua pelajar diploma dan sarjana keluar mengundi.

Untuk makluman anda mulai tahun lepas tarikh pendaftaran pelajar Ijazah dibuat pada bulan September dua bulan lebih lewat berbanding kebiasaan. Untuk seragam dengan luar negara katanya. Manakala tahun ini ia juga dilaksanakan untuk pelajar diploma buat pertama kalinya bermula pengajian pada bulan September.

Sebab itu KPT memutuskan untuk membuat Pilihanraya Kampus lebih lewat bukan sebab lain.

Kalau pro-M dah yakin menang tak perlu gelojoh, ke duit dah habis nak duit lain masyuk cepat? 

Oh ye ipad 3 dah keluar. 

Jangan terkejut mungkin yang berdemo tadi dapat ipad 3 seorang satu. 

Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate