

gambar :
http://din.huluselangor.net/?p=12565
Meskipun dikenali ramai sebagai wartawan hebat namun sejarah awal hidupnya tidak seperti diketahui ramai, kerana beliau telah meninggalkan alam persekolahannya akibat Perang Dunia Kedua. Namun beliau tidak berputus asa dan akhirnya berjaya menjadi seorang wartawan yang mahir dwibahasa dan pernah bertugas menterjemah berita Melayu ke bahasa Inggeris di akhbar Malay Mail (dulu dikenali Singapore Free Press)
Pemergian beliau dianggap satu kehilangan besar kepada negara di mana beliau pernah terlibat dalam kes yang menggemparkan negara kita iaitu isu Natrah semasa bertugas menjadi wartawan Utusan di Singapura. Tulisan beliau telah menjadi tajuk muka depan Utusan Malaysia (dikenali Utusan Melayu ketika itu) melalui wawancaranya dengan Natrah yang telah dibawa ke gereja dan dikatakan telah pun murtad.
Selain dianugerah berbagai pingat samada Kerajaan Persekutuan atau Negeri, beliau juga turut dianugerahkan ASEAN Award (1987) dan terakhir ialah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2005 ( seperti yang dicatat dalam laman rasmi Arkib Negara ) dan Tokoh Wartawan Terbilang UKM tahun 2009.
Al Fatihah untuk Arwah Tan Sri Mazlan Nordin atas pemergian beliau semalam. Semoga roh beliau diletakkan bersama para Rasul dan Anbiya serta Solehin.
Insya Allah.
Sumber rujukan :
http://www.arkib.gov.my/web/guest/mazlan_nordin
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TokohwartawanTanSriMazlanNordinmeninggaldunia/mobile/mArticle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan