Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Mac 2012

Sah Hukum Hudud Tidak Disebut Dalam Al Quran dan Ust Azhar Idrus Juga Setuju Hudud PAS Tidak Islam ? cc @NajibRazak


Sebelum itu Ustaz Fathul Bari Pengerusi ILMU telah dilihat mengkufurkan Tun Mahathir atas kenyataan beliau yang disalah anggap ramai pihak termasuk ustaz tersebut berhubung isu hudud.

Lihat kenyataan Ust Fathul Bari di sini :

SHAH ALAM, 5 MAC: Kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Hukum Hudud yang cuba dilaksanakan oleh Pas di beberapa negeri yang pernah ditadbirnya dianggap sebagai kenyataan dari seorang yang jahil tentang agama.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU), Ustaz Fathul Bari dalam satu ceramah yang dimuatnaik di laman sosial you tube baru-baru ini berkata sekiranya orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut merupakan orang yang mempunyai ilmu, maka ia boleh mengakibatkan kekufuran.

“Kenyataan saya sangat jelas, di mana kalau ia keluar daripada lisan orang-orang yang mengetahui, yang ada ilmu, ia boleh membawa kepada kekufuran.

“Ini adalah kenyataan yang bahaya sebab ia bukan ciptaan ahli fiqah, ia adalah ciptaan Allah,” menurut Fathul Bari.

Kata Fathul Bari, Hudud dalam Al-Quran banyak kali disebut secara umum dan perkataan Hudud itu adalah satu terminilogi bagi hukum Allah.

“Perkataan Hudud ini adalah satu terminilogi yang diguna pakai oleh ulama-ulama fiqh dalam memberikan takrifan, nak berikan perkataan sebab nak bagi mudah.

“Hakikatnya sama saja, hukum zina, hukum atas pencuri dan lain-lain, ianya adalah hudud.

“Mungkin benda-benda ni berlaku, satu, dari sudut kejahilan atau kedua berlaku disebabkan tekanan-tekanan politik yang berlaku,” kata beliau lagi.

Beliau turut menegur pihak yang bertanyakan soalan berkenaan Hudud kepada pihak yang dianggap tidak mengetahui pengetahuan mendalam dalam isu yang disoal.

“Satu lagi, kalau kita nak tanya tanyalah pada orang yang tahu.

“Kalau kita nak tanya orang yang pakar ugama, yang alim ulamak tentang enjin motor, ‘jammedlah’ dia.

“Jangan tanya ustaz dalam carburator motor tu ada berapa skru? Mampuslah dia nak jawab,” beritahunya lagi.

Kenyataan beliau itu yang dimuatnaik di laman sosial agendsai.blogspot.com



Namun Ustaz Fathul Bari perlu membaca penjelasan di bawah ini tentang kenyataan yang disebut oleh Tun Mahathir.


Hukum Hudud tidak disebut dalam Al-Quran ?


1. Semenjak 2 hari ini, ruangan alam maya di Malaysia mungkin sibuk dan hangat mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir apabila ditanya mengenai hukum hudud.

2. Perlu ditekankan bahawa, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu adalah untuk menjawab soalan seorang peserta seminar.

3. Terdapat dua isu utama yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu, hukum hudud tidak disebut dalam Al-Quran dan pentingnya konsep keadilan dalam undang-undang islam.

4. Didalam Al-Quran, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan-kesalahan jenayah tidak ada disebut. Diulang sekali lagi, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan jenayah tidak pernah disebut.

5. Perkataan hudud disebut dalam AL-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :-

a. berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) - pada surah 2 ayat 187

b. berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) - 4 kali pada surah 2 ayat 229, 2 kali pada surah 2 ayat 230 dan 2 kali pada surah 65 ayat 1.

c. berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) - pada surah 4 ayat 13

d. berkenaan perkara umum (3 kali) - pada surah 4 ayat 14, surah 9 ayat 97 dan surah 9 ayat 112.

e. berkenaan adat zihar (1 kali) - pada surah 58 ayat 4. 

Semuanya berjumlah 14 kali.

6. Dalam kesemua sebutan perkataan hudud di 14 kali tersebut, tiada satupun yang merujuk kepada kesalahan jenayah (mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak, murtad dan ditambah dengan minum arak dan pemberontakan).

7. Inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir bahawa dalam Al-Quran tidak disebut hukuman hudud terhadap jenayah-jenayah tersebut secara literal.

8. Ini sama juga dengan kenyataan Hadi Awang apabila beliau mengatakan bahawa dalam Al-Quran tidak disebut negara islam. Sudah semestinya perkataan islam banyak kali disebut, tetapi tidak ada satupun yang merujuk kepada negara islam secara literal. Tetapi konsep keseluruhan sistem perundangan dan pentadbiran menurut pandangan Al-Quran ada. Yang tiada adalah perkataan negara islam.

9. Oleh itu, ada kebenaran bahawa perkataan hukum hudud utk jenayah tertentu tidak disebut dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir.

10. Dalam isu kedua pula, Tun Dr. Mahathir menekankan betapa pentingnya keadilan dalam undang-undang islam.

11. Ini adalah benar kerana keadilan amat dituntut. Sebab itulah, Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS bukanlah undang-undang islam kerana ianya tidak adil. Undang-undang hudud PAS hanya dikenakan keatas orang islam sahaja maka disini timbul konflik keadilan dimana satu kesalahan yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza agama akan menerima hukuman yang berbeza. Ini tidak melambangkan keadilan sedangkan Islam menitikberatkan keadilan.

12. Kenyataan Tun Dr. Mahathir mengenai konsep keadilan ini adalah konsisten dengan kenyataan beliau pada tahun 1993 apabila menjawab surat Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz. Pada masa itu lagi Tun Dr. Mahathir telah membangkitkan konsep keadilan ini dan mengapa undang-undang hudud PAS tidak berketepatan dengan perinsip keadilan dalam Islam.

Sumber: http://chewal.blogspot.com/2012/03/hukum-hudud-tidak-disebut-dalam-al.html

Panglima sendiri telah menulis tentang isu ini di mana maksud Tun Mahathir ialah hudud PAS tidak sama seperti yang ada di dala Al Quran. Berdasarkan kenyataan Tun Mahathir beliau menekankan hukum Islam yang perlu difahami berkait rapat dengan konsep keadilan yang gagal dipenuhi dalam hudud tajaan Pas. Bukan mengatakan sebaliknya. Paling besar bukan Islam dikecualikan dari hudud sedangkan menurut Ulama semua pihak perlu terlibat dalam perlaksanaan hukum hudud.

Kenyataan ini disahkan Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan bukan Islam juga terlibat dalam HUDUD berdasarkan keputusan Mahkamah iaitu Hakim.




Baca juga kupasan lengkap isu ini di sini  http://www.mykmu.net/?p=13573 

PAS sendiri berdolak dalik dalam melaksanakan hukuman ini seperti kenyataan pemimpin mereka pada 16 Nov 2011 berbunyi :

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, biarpun Enakmen Hudud telah diluluskan pada 1993, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana ada pendapat mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu.

Justeru, katanya, sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan untuk melihat semula perkara tersebut supaya ia dapat dilaksanakan.

“Isu sekarang kita bukan hendak tengok enakmen, tetapi daripada segi pelaksanaan, sebab dahulu kita berhenti (untuk melaksana) disebabkan perlu ada pindaan Perlembagaan tetapi dalam tempoh kebelakangan ini ada pandangan bahawa hudud boleh dilaksanakan tanpa meminda Perlembagaan. Jadi kita hendak tengok benda baharu ini.


Maknanya : PAS TIDAK BERSUNGGUH SEBENARNYA MAHU LAKSANAKAN HUDUD TETAPI SEKADAR MAHU MENCARI UNDI KEKAL KUASA UNTUK PILIHANRAYA.

MAKA JANGAN GUNAKAN ISU HUDUD UNTUK UNDI TETAPI FAHAMILAH REALITI MALAYSIA DI MANA KUASANYA DIKONGSI DENGAN BUKAN ISLAM DAN SUKAR MELAKSANAKAN HUDUD JIKA BERKONGSI KUASA.

TIDAK MAMPU MELAKSANAKAN HUDUD TIDAK BERMAKNA MENOLAKNTA.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

5 ulasan:

madulebah berkata...

Astaghfirullah al-'azim..menidakkan hukum Allah bleh memesongkan aqidah..istighfar byk2..jgn sekadar copy paste atau bertanya bkn pd yg arif..jgn kerana kita menyebarkan sesuatu yg salah, kita terpaksa menanggung dosa semua org. na'uzubillah..

mmg benar, kesalahan undang2 anda boleh tanggung..ttp jgn lupa bahawa kita juga tidak akan terlepas dari undang-undang ALLAH.

Likefacts berkata...

Salam
Mohon hanya org berilmu shj yg boleh bagi ulasan tentang hukum Allah swt. Jgn pandai-pandai klu ilmu cetek. Rujuk kpd yang pakar seluruh dunia. Jgn terus jawab klu tak pakar..yg wajib laksanakan adalah wajib..jgn tangguh n beri alasan..buat orang confuse ja. Kerajaan patut dan mampu kaji hukuman ni. Org terdahulu kita..nabi2 pun dah lalu masalah ni..perompak, pencuri, penyamun, peragut, perogol, penipu makin ramai di Malaysia ni. Kita dan pemimpin akan mati dan ditanya diakhirat nanti..

Unknown berkata...

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya

Tanpa Nama berkata...

Jgn kerana duit nilai dunia sanggup menjual akidah dgn menolak al-quran dan sunnah? Menolak al-quran hukumnya jatuh KAFIR. Di akhir zaman kerana penyakit cintakan DUNIA manusia menjual akidah akibat kejahilan . Utk apa solat mengucap berpuasa membayar zakat dan menunaikan haji jika menolak al-quran? dimana kah iman didalam diri? atau penulis adalah kafirun ?

Tanpa Nama berkata...

sistem hudud tu hukuman ja..
sistem demokrasi bila nak bubar?

Cari Blog Ini

Translate