Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Mac 2012

Tazkirah : 4 Perkara Pesanan Imam Syafei

Mari kita amalkan pesanan Imam Syafie yang sesuai diamalkan agar kita akan dapat manfaatnya. Kadang kala perkara kecil sebenarnya pada pandangan kita namun ia jika disebarkan akan mampu mengelakkan kemudaratan yang lebih besar. 

Seperti pesanan memakai haruman, ia satu perkara yang jika diabaikan, akan membawa imej negatif pada diri kita, agama kita dan bangsa kita. Kerana itu ia perlu dititikberatkan dan diamal dalam kehidupan kita seharian. 

Mahukah kita dianggap umat yang busuk badan sehingga memualkan bukan Islam yang berada di sekeliling kita ? Tentu imej negatif itulah yang terbina yang menghalang sinar Islam masuk ke dalam hati mereka.

Ayuh kita sebarkan perkara baik untuk kebaikan kita bersama. Ulasan di bawah empat perkara dibuat oleh Panglima berdasarkan apa yang diketahui selaman ini.


Petua Imam Syafi'e

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Untuk mendapat otak yang cerdik sememangnya disyorkan agar kita banyak mandi asalkan bukan mandi wajib. Banyak mandi bagus untuk kesihatan badan. Terutama mandi air panas.

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Kerana itu pesan orang tua, elok diminum air setengah jam selepas makan untuk menguatkan badan. . Bahan yang masam terlalu banyak juga memberi kesan tidak baik 

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
 
Apabila empat perkara ini dilakukan nescaya kita akan memiliki mata yang sihat untuk membaca Al Quran dan juga kitab agama. Selain akan dapat bekerja dengan lebih baik.

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Ramai tidak menyedari keghairan mereka melihat perkara PORNO menyebabkan mata semakin kabur. Selain itu juga melihat kemaluan walaupun pasangan yang halal juga tidak digalakkan dan tidak dibuat oleh Nabi Muhammad saw.

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Berborak tidak mendatangkan manfaat perlu dielakkan. Apabila bergaul orang soleh maka kita akan mendapat ilmu semasa berada bersama mereka. 

4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Hebatnya Islam apabila waktu tidur pun ada cara dan kaedahnya tersendiri. Ini bererti kita akan rugi jika segala pesanan ini dibiarkan tanpa diamalkan oleh kita. Lebih rugi jika ia tidak disebarkan kepada rakan-rakan yang lain pula.

Sekian, wassalam.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate