Buku kartun yang memaparkan 50 dalil kenapa Pakatan Rakyat tidak layak jadi pemerintah - sangat menarik kerana berbentuk ilustrasi dan memaparkan perkara penting yang telah pun berlaku dalam Pakatan tersebut.
Ia sangat penting kerana tidak ada lagi bahan semudah dan seringkas yang ada seperti ini diterbitkan di dalam bentuk kartun demi menyedarkan rakyat perkara yang telah berlaku di dalam Pakatan tersebut yang boleh menjejaskan masa depan negara kita jika mereka dipilih memerintah Malaysia di Putrajaya.
Penggunaan warna warni juga menjadikan pembaca tidak bosan membelek satu persatu halaman kartun yang padat dengan dialog yang ringkas dan padat. Persoalan agama, bangsa dan juga negara telah disusun dengan begitu menarik dengan ilustrasi yang sesuai.
Berikut kelebihan jika 'mengundi' Pakatan yang disentuh dalam buku tersebut untuk tatapan pembaca sekelian.
1. Kepalanya seorang manusia yang KUAT BERBOHONG
2. Diketuai oleh pemimpin yang DIRAGUI AKHLAKNYA
5. Mendokong Pluralisme. Satu PENGHINAAN pada kesuciaan Islam.
6. Mempelopori politik huru-hara
7. Suka menghina agama, bangsa dan negara sendiri terutama di hadapan khalayak asing.
9. Didalangi PUAK RASIS yang berselindung di sebalik label demokrasi.
11. Mengamalkan politik lupa daratan dan menanamkan nilai tidak mengenang budi di kalangan generasi muda.
12. Gila kuasa
13. Mengamalkan budaya kuku besi.
14. Hidup bertunjangkan fitnah
16. Di Kelantan dah lebih 20 tahun PAS perintah, tapi 50% rakyat tak dapat bekalan air bersih. Bayangkan puak ni perintah negara!
17. PAS Kelantan gagal tunaikan janji PRU 1990, nak bagi RM100 kepada warga emas. Sampai sekarang tak bagi-bagi
19. PAS gagal atasi masalah perumahan rakyat. Di Kota Bharu sahaja 30-40 oeratus warganya perlukan rumah di bawah skim Projek Perumahan Rakyat. DAP tak tegur.PKR tak tegur.Sebab? Diaorang pun dua kali lima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan