Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 April 2012

Akhbar Cina Menolak Usaha Pakatan Mahu PTPTN Dihapuskan - Petanda Mula Sokong BN @NajibRazak

Sinchew Daily News
Perkara: pinjamaan PTPTN?
Ruangan: Opinion Corner m/s 34
Tarikh: 20 April 2012 (Jumaat)

Tajuk:

Pengajian tinggi secara percuma tidak boleh dimeterai
Penulis: Ying Yah (terjemahan Mandarin)

Pemimpin pembangkang di Parlimen Anuar Ibrahim berjanji, jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat, kerajaan Pakatan Rakyat akan mansuhkan PTPTN, dan laksanakan pendidikian universiti secara percuma, ia akan dapat membantu dan meringankan beban keluarga miskin, pada masa yang sama dapat selesaikan beban hutang yang tinggi kepada pelajar-pelajar IPT.

Penulis anggap kata-kata itu adalah kata kata kosong yang tidak berasas. Kami mahu tanya adakah mahasiswa menanggung beban hutang yang tinggi itu semata-mata hanya kerana hutang duit PTPTN? Ia sebenarnya bukan begitu! Selepas mereka tamat pengajian di IPT mereka bekerja dan setiap bulan mereka hanya perlu memulangkan sedikit sahaja kadar yang perlu dibayar dalam lingkungan ratusan ringgit sahaja, ia langsung tidak membebankan mereka. Ini kerana semata-mata pihak tertentu mahu menang tiket undi dalam PRU, dengan itu mereka beri "janji-janji politik" yang tidak munasabah itu.

Hampir seribu orang mahasiswa berarak di jalanan, mahu pihak kerajaan hapuskan PTPTN. Pada pandangan penulis tindakan seperti itu melambangkan mahasiswa lemah akal, kurang bijak dan tidak berfikiran waras, dengan jelas sikap mereka itu hanya mahu mendapatkan sesuatu itu dengan mudah tanpa berkorban.

Umpama perpatah Cina, bulu kambing tetap tumbuh di atas kulit kambing itu sendiri, jika benar pendidikan di IPT dapat secara percuma, kos yang begitu tinggi akhirnya nanti ditanggung oleh si pembayar cukai. Dengan itu jika PTPTN dimansuhkan, kepada si pembayar cukai yang tidak dapat pendidikan di IPT bukankah itu tidak adil pada mereka, kerana mereka mesti tanggung semua kos dan yuran pelajar-pelajar IPT.

Lagipun sesuatu yang dapat secara percuma itu, tiada orang yang akan menghayatinya. kerana pada lazimnya orang-orang yang mendapat sesuatu secara percuma mereka tidak akan menghayatinya, sebab itu berlaku lepasan-lepasan mahasiswa tidak mahu pulangkan duit pinjaman PTPTN, apa yang mereka tunjukkan itu sebenarnya mereka bersikap tidak bertanggungjawab.

Dalam rumusan ini, pendidikan di IPT sepatutnya tidak boleh diberi secara percuma. Buat masa ini PTPTN bukan sahaja diberi kepada pelajar di IPTA malah ia juga diberi kepada pelajar-pelajar IPTS, PTPTN memberi lebih banyak peluang kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke IPT.

Penulis anggap sistem sebegitu bukannya tidak baik, masalahnya sekarang ini mahasiswa tidak mahu pulangkan duit pinjaman PTPTN mereka, mahasiswa yang bersikap kurang disiplin dalam kehidupan mereka, sebab itu mereka rasa ia satu beban kepada diri mereka. Pendidikan di ITP perlu membayar yuran yang berpatutan, barulah ia menjadi satu anjakan penggalak kepada pelajar-pelajar untuk belajar, supaya ia terus dapat tingkatkan taraf pembelajaran di negara kita.

Dan cara pengurusan kewangan adalah satu mata pelajaran wajib bagi mereka pelajari, tidak boleh selamanya mengatakan mereka tidak mampu bayar kembali pinjaman dan mahu lepaskan tanggujawab itu sebagai alasan.

Sumber : kiriman email
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate