Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 April 2012

Teater Muzikal Upin Ipin Istana Budaya 14 April - 7 Mei 2012




Pagi tadi bercadang juga mahu menonton teater Upin dan Ipin di Istana Budaya petang tadi tetapi faktor harga tiket yang agak tinggi bagi golongan sederhana seperti penulis, membantutkan hajat tersebut. 

Meskipun tiba seawal jam 10 pagi untuk mendapatkan tiket namun faktor harga tiket menyukarkan hasrat membawa anak-anak menontonnya. Namun mengambil beberapa keping gambar replika kartun Upin dan Ipin yang diletak di luar dewan panggung Istana Budaya menggembirakan hati anak-anak penulis.

Meskipun tidak menontonnya, namun usaha mempromosi teater ini tetap dibuat untuk membolehkan Teater Muzikal Upin Ipin mendapat promosi yang meluas termasuk di blog penulis. 

Menurut info yang dipamerkan persembahan teater muzikal Upin Ipin akan tamat pada 6 Mei 2012 selepas dimulakan pada 14 April yang lepas.

Akan Datang... Di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, Malaysia.


Fakta pementasan ini :

- Waktu pementasan 3.30 pm dan 8.30 pm setiap hari
- 55 pelakon terlibat
- Pelakon berbilang bangsa
- Menjadi pementasan paling banyak dalam sejarah Istana Budaya
- Ditaja KPJ HealthCare Sdn Bhd
- Maklumat boleh diperolehi di  http://www.upinipinmusical.blogspot.com/
- Sudah 7227 peminat Upin Upin mengklik like FB tersebut.

Antara gambar dari FB :


Berikut harga tiket untuk panduan tuan puan :

Upin & Ipin the Musical Semua seating bernombor. Harga tiket RM33, RM53, RM83, RM103, RM153, RM203, RM253, RM353 & RM453. Had umur untuk menonton bermula daripada 2 tahun ke atas, dengan syarat bertiket. Tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.biz, ataupun di 11 cawangan ticket2u seperti tertera di laman web. Terima kasih


Latar belakang pementasan :

Terbitan: Les' Copaque Production Sdn. Bhd. & CTRA Production
Penerbit Bersama: Hj. Burhanuddin Md. Radzi & Hjh. Ainon Bt Ariff (Penerbit Siri Animasi Upin & Ipin, Geng: Pengembaraan Bermula & Pada Zaman Dahulu)
Penerbit Eksekutif: Siti Rohayah Attan (Menerbitkan 30 buah teater termasuk Muzikal Tun Mahathir, Muzikal Gamat, Muzikal Lantai T. Pinkie dll.)
Pengarah & Penulis Skrip: Zaifri Husin (Pengarah Terbaik: 17th Hamden International Festival for Children & Young Adults, 2010, Iran)
Pengarah Muzik: Datuk Suhaimi Md Zain (Pak Ngah) (Komposer Terbaik: AIM, AJL, APM)
Koreografer: A. Aris Kadir (Koreografer Terbaik: BCAA 2006)


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate