Semalam, selepas gagal menghimpunkan 5000 pelajar untuk demo pra Bersih 3.0, Pakatan hari ini nampaknya terpaksa menggunakan strategi menggunakan golongan muda khususnya mahasiswa bagi menarik perhatian masyarakat terhadap perjuangan mereka.
Sebagai rakyat Malaysia, penulis memerhati dengan dekat setiap pergerakan mana jua parti politik untuk melihat di sebalik apa yang mereka buat agar dapat dianalisa segala pergerakan mereka samada benar-benar ikhlas untuk rakyat atau untuk meRAJAkan diri mereka.
Dalam hal ini tindakan beberapa orang mahasiswa berkhemah di ibunegara adalah tindakan yang tidak matang dan memalukan Malaysia.
Mereka yang cuba mencuri perhatian rakyat seperti tidak sedar bahawa perjuangan mahasiswa pro Pakatan ini sebenarnya akan merugikan mahasiswa dan menguntungkan pemimpin seperti Nurul Izzah dan Tian Chua termasuklah Ambiga.
Selepas diperguna penulis yakini mahasiswa ini akan kembali keseorang di Universiti mengulangkaji pelajaran atau mengulang tahun pengajian. Ketika itu barangkali hanya air mata yang mengiringi perjalanan hidup mereka selepas terpedaya dengan janji manis Pakatan yang hanya pandai berjanji tetapi gagal ditepati.
Jika rakyat Malaysia pun ditipu hidup-hidup, apatah lagi adik mahasiswa kita yang begitu taksub dan pro Pakatan yang masih lembut ubun-ubunnya....
Fikirkanlah...
Kita nampak dengan jelas isu demo PTPTN adalah untuk menutup kegagalan Pakatan menyelesaikan segala janji mereka pada PRU yang lepas.
Hingga kini masih banyak janji belum tertunai dan kini janji baru pula ditaburkan. Sikap seperti ini jelas tidak bertanggung jawab dan bukan sikap orang yang boleh dipercayai dalam sistem politik yang sihat dan matang.
Baca janji yang belum ditunaikan oleh Pakatan di sini
1 ulasan:
Biasalah tu bro... Takde modal...
Menjawab Isu Kubur 1 Malaysia Di Pekan
Catat Ulasan