Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 April 2012

Gambar Awie Wings Bersama 25 Ribu Rakyat Majlis Bersama PM @NajibRazak

Awie turut hadir bersama rakyat menyokong Perdana Menteri

Datuk Seri Najib berkesempatan menaiki motosikal, pertama kali panglima saksikannya.Namun masih sempat menunjuk isyarat 1Malaysia kepada jurugambar


Ke mana sahaja Datuk Seri Najib pergi, di situlah jua lautan manusia memenuhi lokasinya. Bagaikan semut  yang menghurung gula yang manis.

Minggu sudah Karnival Janji Ditepati sudah berjaya menghimpunkan 70 ribu rakyat di negeri Johor yang paling kuat mempertahankan UMNO dan tanah lahirnya parti keramat ini, semalam 25 ribu rakyat majoritinya golongan muda telah hadir memperlihatkan sokongan kepada YAB Perdana Menteri.

Semalam juga menjadi bukti bagaimana lokasi panas PKR Jalan Kebun, Klang yang terkenal sebagai lubuk reformasi sebelum ini telah bertukar menjadi lubuk Transformasi. Kesedaran rakyat dapat dibuktikan dengan kehadiran puluhan ribu manusia kebanyakannya penunggang motosikal golongan muda belia.


Ingat lagi di UiTM beberapa minggu yang lalu seramai 10 000 golongan Mahasiswa seluruh Malaysia juga telah berkumpul menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri sehingga beliau sendiri menyatakan perasaan sangat gembira atas sokongan rakyat golongan mahasiswa yang berbaris menunggu ketibaan beliau sehingga pasukan sorak yang begitu bersemangat melaungkan perkataan menyokong kepimpinan beliau yang menggamatkan Dewan UiTM Shah Alam.

Di kala itu juga semalam bertempat di KL hanya 300 mahasiswa yang mampu dikumpulkan oleh Pembangkang untuk menyertai demo mansuhkan PTPTN di saat mereka mensasarkan 5000 yang akan menghadirinya.

Sama seperti jangkaan Azmin Ali ketika hari keputusan kes liwat Saiful Bukhari, tidak ramai yang datang walau ratusan ribu cuba dikumpulkan dalam kenyataan beliau kepada media massa sebelum hari kejadian.

Apa yang berlaku petunjuk jelas lagi terang kedudukan BN di mata dan hati rakyat pada hari ini. Ia memberi persepsi sungguh positif terhadap langkah-langkah transformasi yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri samada dalam bidang politik, ekonomi dan pentadbiran kerajaan itu sendiri.

Ia juga menandakan usaha keras PM dibantu pemimpin yang lain telah berkesan memulihkan kembali sokongan rakyat yang mula sedar siapakah yang menabur janji dan siapa pula yang mengotakannya antara BN dan PR.

Tahniah kepada semua... Moga Malaysia akan kekal di tangan BN untuk selamanya.

Sayang PM undi BN.


Gambar dari blog : 

http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/04/bravo-waris-malaya-najib-bermotosikal.html

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate