Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Mei 2012

Kemaskini : Gambar Seksi Mislina Mustafa Peserta #OccupyDataran di Utusan Malaysia @NajibRazak




Penulis kebetulan ternampak gambar seorang peserta OccupyDataran yang juga seorang artis dalam Utusan Mega hari ini Selasa 15 Mei 2012.


Menurut tulisan wartawan Utusan, Mislina Mustafa pernah digosipkan dengan dakwaan beliau seorang lesbian.


Beliau bukan sahaja aktif dengan lakonan bahkan beliau juga nampak aktif menyokong Pakatan kerana pernah ditemui di perhimpunan Lynas di Kuantan oleh penulis sendiri.

Kehadiran beliau mengikuti Occupy Dataran yang disertai ramai dari anak buah Hishammuddin Rais yang merupakan ikon puak sosialis dan dikata free thinker yang tolak agama, menunjukkan beliau seperti penyokong LGBT.

Ini kerana peserta yang menghadiri kegiatan tersebut sememangnya mempunyai imej yang pelik seperti memakai topeng vendetta yang ada kaitan dengan freemason.


Serta berkelakuan bebas dan seksi seperti yang anda boleh temui dalam gambar di sini sebelum ini.


Jadi benarlah barangkali dakwaan bahawa puak LGBT menyokong Pakatan kerana mereka seakan dijanjikan atau berharap kegiatan songsang mereka akan dihalalkan di Malaysia. Turut menjayakan Occupy Dataran ialah Fahmi Reza, anak muda yang giat promosi komunisme di Malaysia.



Namun jangan fikir semudah itu, kerana ramai lagi pejuang alif ba ta akan berusaha keras memastikan langkah puak LGBT ini akan terhenti dengan hayunan keris hujjah dan perisai hikmah menentangnya.

Semoga Allah memelihara Malaysia dari puak ini. Dengan berkat ahli keluarga Nabi saw yang bertebaran merata tempat di bumi Semenanjung Emas ini..

Terima kasih Utusan Malaysia siar kisah Mislina, sekurangnya kita mengetahui gosip lesbian ini untuk dicantumkan info beliau penyokong Pakatan melalui Occupy dan hadir menentang Lynas hingga ke negeri Pahang.


Bukti Vendetta ada kaitan denga Freemason Illuminati baca di sini

http://armandpju.blogspot.com/2012/04/v-vendetta-new-world-order-pakatan.html

atau tengok bawah ini :




kemaskini 4.43 pm 15/5/2012

Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate