Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Mei 2012

Gaya Samseng Pakatan Haramjadah Diteruskan Lagi Di Tol Persekutuan Disertai Erdogan PAS @khalidsamad #PRSamseng

Menurut berita yang sentiasa pro pembangkang iaitu Malaysiakini menceritakan aksi samseng pemimpin Pakatan  :


5 minit tol percuma di Batu Tiga
Kira-kira lebih 30 kenderaan berjaya melalui tol Batu Tiga, Shah Alam secara percuma hari ini dalam perhimpunan oleh 300 orang penyokong Pakatan Rakyat di plaza tol berkenaan.

Kenderaan berkenaan dapat melalui tol tanpa bayaran apabila salah seorang peserta perhimpunan tersebut bertindak mengangkat palang di satu lorong di plaza berkenaan selama kira-kira lima minit.

Shah Alam toll protest
Bagaimanapun, kutipan bayaran berkenaan kembali kepada keadaan sedia kala apabila ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mengarahkan agar palang itu diturunkan.

Jayakumar memberitahuMalaysiakinibahawa beliau akan menemui pemegang konsesi lebuhraya berkenaan, Projek Lebuhraya Utara Selatan, bagi membayar ganti rugi yang ditanggung akibat tindakan tersebut.

"Saya telah bertemu dengan orang PLUS di sini dan mereka kata akan lihat di kamera CCTV berapa kereta yang lalu. Ada dalam 30 buah juga yang lalu.

"Dan saya kata pada mereka, beritahu berapa dan saya akan bayarkan jumlahnya," katanya.

Demonstrasi yang bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 4 petang anjuran Pakatan Rakyat Selangor itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan DUN Pandamaran, Ronnie Liu.

Shah Alam toll protest Rodziah Ismail and mohd rezwan
Selain membawa kain rentang bertulis 'Hapuskan tol baru betul' dan 'Hapuskan tol demi rakyat', mereka melaungkan "Hidup Rakyat", "Undi Pakatan Rakyat tak bayar tol, undi BN bayar tol", dan "Hapuskan tol".

Kumpulan itu turun mengedarkan pelekat kereta dengan slogan 'Hapuskan tol demi rakyat' kepada orang ramai yang melalui tol tersebut.

Hadir sama di perhimpunan tersebut ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut menyifkatkan tol bagi Lebuhraya Persekutuan itu sebagai "paling mengarut dalam negara."

Katanya, jalan yang menghubungkan Klang dengan Shah alam itu telahpun wujud sejak 1950 dan pemegang konsesi itu hanya melebarkan jalan tersebut kepada enam lorong.

Kutipan tol pula bermula sejak tahun 1992, katanya.

"Selepas 20 tahun digunakan dan meraih puluhan ribu ringgi setiap hari, tidakkah patut mereka mansuhkan tol ini sekarang?," soalnya.



Apabila dilihat kembali nampaknya gaya samseng sesuka hati berdemo dengan mengangkat palang macam negara ini tidak ada peraturan semalam - menjadi satu lagi bukti PR ialah Pakatan Rosak. 

Jika SB disalahkan semasa Bersih 3.0 walhal ia tidak benar, semalam ia bukti terbaru bahawa perangai samseng adalah perangai Pakatan. Tindakan mereka berdemo sesuka hati dan 'membuka palang' selepas berjaya mencetuskan huru hara dua minggu sudah tidak wajar dilakukan keran kita ada peraturan dan kaedah untuk menuntuk agar tol dimansuhkan. 

Lihat gambar perangai mereka yang merosakkan harta benda termasuk menyerang pihak berkuasa semasa BERSIH 3.0 yang ada di blog ini http://makancabai.blogspot.com/

Semalam juga menunjukkan Pakatan cuba membuat gimik membayar tiga puluh kenderaan dalam masa lima minit, selepas mereka ternyata gagal menunaikan janji-janji manis yang lain yang ditabur semasa PRU 12 yang lalu.

selesai tulis Isnin 14.5.2012

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malaysiakini bukan berita pro pembangkang bodoh...ni lah satu2nye berita bebas, xkire BN PR, die cerite bende yg betul. bodoh, BN xreti nak kaji, nak harapkan utusex?pui la..ingt betol ke ape yg utusex smpaikan??haha bodo ko BN, xreti kaji

Tanpa Nama berkata...

oiiiyg diatas tak nk tol ddk dlm utan lee,smua nk free silap 2unsex pon free, .Boleh ke ko keje tokey tak bayar gaji.ada otak fikir le.

Tanpa Nama berkata...

Si bahlul bin tolol ni mempertahankan Malaysiakini kononnya bukan pro-pembangkang. Kamu ingat si bahlul macam kamu boleh dipercayai ke?, sedangkan sudah terang lagi bersuluh. Kesian pecacai pecacai macam awak nilah yg meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap parti carca merba PR... parti rojak yg kini dah basi dan makin hari makin hampeh. Tapi otak orang tak cukup umor berkata-kata, macam ni la jadinya... Dah buat homework ke ngok???

Cari Blog Ini

Translate