Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Mei 2012

Kejayaan Terbaru Pakatan : Caj RM25 Semak Status Permohonan - Pertama Di Malaysia


KUIN didakwa kenakan bayaran semakan kemasukan


2012/05/13ALOR SETAR: Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dimiliki kerajaan negeri Kedah dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM25 kepada pelajar atau waris yang ingin menyemak status permohonan kemasukan ke kolej itu bagi semester Jun 2012. 

Notis mengenai caj bayaran itu dikatakan dikeluarkan oleh Dekan Kemasukan dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Akademik KUIN, Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Idris.
Salinan notis itu yang diedarkan kepada media hari ini, ia secara tidak langsung mendedahkan kepincangan masalah kewangan KUIN, yang bayaran seperti itu dipercayai tidak dikenakan oleh institusi pengajian tinggi yang lain.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini menyalahkan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai punca KUIN terpaksa menaikkan yuran pengajian. 

"Pendedahan terbaru ini menjelaskan masalah kewangan KUIN yang diwar-warkan oleh Azizan sebagai kejayaan kerajaan negeri pimpinan PAS mendirikan universiti sendiri tetapi pada masa sama ia menyerlahkan kepincangan pentadbiran mereka. 

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah dan KUIN khususnya kerana bijak menguruskan kewangan dengan baik sehingga mengenakan bayaran RM25 untuk menyemak kemasukan yang biasanya ditawarkan percuma oleh IPTA dan IPTS lain," kata Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid. 

Seorang waris, Abdul Rashid Salleh melahirkan rasa terkejut dengan caj tersebut. 
"Saya ada anak yang belajar di IPTA tetapi tidak pula dikenakan caj untuk menyemak kemasukkan sebelum ini. Saya mahu kerajaan negeri melihat perkara ini dan mengkaji kenapa KUIN mengenakan caj itu yang tidak wajar sama sekali," katanya yang anaknya turut memohon memasuki KUIN. - BERNAMA


Penulis : Rakyat perlu sedar jika perkara sekecil ini dikenakan caj hingga RM25 maka jangan terkejut banyak lagi caj akan dikenakan untuk mengaut duit rakyat walau perkara sangat mudah seperti ini jika Pakatan terus memerintah. Jangan tertipu dengan pakaian luaran tetapi tengoklah kepada inti perjuangan samada benar atau tidak mereka mahu membela rakyat atau mereka sebenarnya mahu memperdaya rakyat walau hakikatnya tidak mampu memerintah dengan baik kecuali retorik hipokrit dan finah semata-mata. Tolak Pakatan Undi Barisan demi masa depan anak cucu kita.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate