Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Jun 2012

68 Rakyat Miskin Bagan Datoh Dibantu Affin Islamic Bank - Tahniah DS Zahid Hamidi

Penulis baru sahaja memeriksa email dan menemui kiriman rakan dari Bagan Datoh Perak program Affin Islamic Bank bantu rakyat miskin di kawasan YB Datuk Seri Zahid Hamidi.


Seramai 68 orang miskin telah menerima bantuan tersebut.


Bantuan disampaikan sendiri oleh YB Ahli Parlimen Bagan Datoh tersebut yang juga merupakan Naib Presiden Umno.


Terima kasih rakan yang mengirim gambar ini.


Sudah tentu tugasan sebagai blogger semakin mudah dengan kiriman kawan yang sudi berkongsi bahan berita dan gambar.


Demi Allah saya tidak dibayar untuk menyiar gambar atau berita ini.


Sesiapa yang mahu juga boleh hantarkan bahan mereka kepada saya...seperti rakan twitter punk5nusa gambar program PR di Sepang.


Memandangkan seharian memandu pulang Kelantan hari ini sebetulnya sejak semalam, maka berita ini agak lambat disiarkan.


Panglima tiba rumah ayahanda bonda di kampung jam 6 petang tadi.


Terima kasih kerana kunjungan saudara semua ke blog ini.


Nantikan bahan selanjutnya akan dimuatnaik...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate