Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Jun 2012

SPRM Dapati DS @ShahrizatJalil Tidak Bersalah Isu NFC



Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menarik nafas lega.Isu utama yang menghantui karier politiknya sudah beres.
Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ,Tan Sri Dr Hadenan Jalil hari ini mengumumkan bahawa bekas Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat itu didapati tidak terlibat dalam proses keputusan memberi pinjaman RM250 juta kepada NFC.
NFC adalah syarikat yang dipimpin oleh suaminya Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail.
Hanedan berkata bekas menteri itu tidak terlibat dalam keputusan memberi kontrak kepada NFC.
Beliau memberitahu maka siasatan mengenai penglibatan Shahrizat ditutup.
Shahrizat telah letak jawatan sebagai menteri baru-baru ini menjelang suaminya didakwa di mahkamah atas kes NFC.
Beliau kini masih memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
Sementara itu dalam satu kenyataan Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Hamidah Osman mendesak pihak Pakatan pembangkang terutama Saifuddin Nasution, Zuraidah Kamaruddin dan Rafizi Ramli supaya memohon maaf secara terbuka bagi menebus maruah dan nama baik Shahrizat.
"Saya selaku Ketua Penerangan, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia amat bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya kebenaran berpihak kepada YBhg Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil apabila SPRM telahpun memutuskan bahawa Dato' Sri Shahrizat tidak terbabit di dalam isu pinjaman RM250 juta kepada NFC.
"Pengumuman yang dibuat oleh pihak SPRM ini juga membuktikan bahawa pihak pembangkang sengaja membuat tuduhan liar yang mengaitkan Dato' Sri Shahrizat dalam isu NFC itu adalah semata-mata bermotifkan politik. Ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan penganiayaan besar yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang kepada Dato' Sri Shahrizat yang telah mencemarkan nama baik beliau serta menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang Menteri dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

"Saya merasakan bahawa beliau telah menjadi mangsa mainan politik kotor pembangkang. Walaubagaimanapun, saya yakin keputusan SPRM ini pasti tidak akan diterima oleh pembangkang kerana itu sudah menjadi sikap mereka. Apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka, mereka akan pasti membuat pelbagai tuduhan lain pula,"katanya.- 31/5/2012

Sumber : AgendaDaily

Alhamdulillah kebenaran berjaya ditegakkan... Dugaan maha hebat ini tentu ada banyak rahsia di sebaliknya. WANITA UMNO akan lebih bersemangat lagi tentunya dengan berita gembira ini. Selamat berjuang untuk kemenangan PRU13 akan datang.

Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate