![](http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/165824_10150896226757312_1148681593_n.jpg)
Adalah tidak mustahil PAS akan mengundur diri dari Pakatan di saat terakhir sebelum PRU dibubarkan. Namun mungkin jika berjaya meraih kerusi PAS akan menyertai BN sebagai komponen dan memastikan mereka akan tetap berjaya ke Putrajaya tanpa Anwar dan Lim Kit Siang.
![Photo: Bersih 3.0 jadi ganas
-Muka Hadapan, Kosmo! - 29/04/2012](http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/c0.0.403.403/p403x403/485839_323386524401840_887756903_n.jpg)
Khabarnya krisis di Kedah adalah berpunca apabila orang Anwar membuat onar dan menjadikan Datuk Seri Azizan mengalami masalah sehinggalah ia selesai dengan dua orang Exco telah kembali ke dalam barisan kabinet kerajaan negeri. Berita klik Agenda Daily di sini http://www.agendadaily.com/
Dua hari lepas Nasaruddin Md Isa mantan Timbalan Presiden PAS telah dilihat di muka hadapan Utusan Malaysia. Kehadiran beliau bersama Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dalam misi membantu Palestin adalah bukti bahawa PAS sudah mula berjinak-jinak mendekati UMNO. Dengan kedudukan sebagai orang kepercayaan Hj Hadi maka Nasaruddin Md Isa dilihat sebagai watak yang dihantar oleh Presiden PAS untuk menyampaikan mesej tersirat kepada puak Liberal dalam Pakatan seperti Anwar dan juga DAP agar tidak bersikap angkuh dengan kekuatan yang mereka ada.
![](http://jiwokelate.files.wordpress.com/2012/05/poster-himpunan-hijau.jpg)
Maka dengan pengajuran yang jelas tidak melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat di Kedah tempoh hari, PAS berjaya menunjukkan kekuatannya sendiri termasuk membina persepsi mereka tidak bersetuju dengan demo haram Bersih 3.0 diteraju Ambiga dan A.Samad Said sebagai rakannya.
Jika dianalisa kehadiran jelas kita nampak ramai Cina berbanding Melayu demo Bersih 3.0. Jika PAS benar-benar bersetuju sudah tentu dikerahkan bala tenteranya untuk memenuhi jalanraya di Kuala Lumpur namun itu tidak berlaku. Saat itu PAS sudah sedar bagaimana mereka sebenarnya cuba diperangkap dengan taktik kotor Pakatan yang jelas melanggar undang-undang selain merosakkan keamanan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgN8Y2b5mL7qC97O11T0xXsX-mMd-vx5sGq15jHDVv2-pW-VxetpoiRAIS2s0iIpPQNqdPjMuer0mSFQCqYX8ZlNqVds1XQanu6LqJhhb5rM2yd59rwnd_D1eXVmock2oVYMMM-izZ7-B0/s200/himpunan-hijau-siang.jpg)
Harapan penulis, biarlah PAS menjauhkan diri dan kembali bersama UMNO untuk kepentingan Islam. Lihat bagaimana pendekatan YAB Perdana Menteri yang jelas tidak memusuhi PAS sebaliknya sentiasa terbuka membina hubungan yang baik dengan PAS agar kepentingan Malaysia , Islam, dan bangsa kita akan makin kukuh tanpa mengenepikan bangsa dan agama yang lain selaras apa yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan tertinggi negara kita.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhr2YnbsRoaiUFJRCF61QnL1g_r2s0msQfhoY8w3JEe_yNJhqTHv25XY369Egb672B0MT8eXVjePObVViDer-hGC9zPyrRcOgVBnC04rJ4OKjGf3AaXeRaRF63cuKF_nZpUa-Ah2vHAADI/s400/PM.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan