Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Jun 2012

Isu DBP Lantik Ainon Mohd PTS Pro Pembangkang Sebagai Ahli Majlis Penasihat - cc @NajibRazak

Pertama sekali saya ingin mengawal diri dari dikalahkan oleh emosi semasa menulis artikel ini. Dalam suasana gawat politik negara kita, beberapa perkara saya sedang kaji dan amati dengan beberapa kawan seperjuangan tentang hala tuju pentadbiran Kerajaan dan perkara yang perlu diperbetulkan. Termasuklah isu melantik orang tidak tepat dari segi pegangan politik dan patriotisma di dalam agensi Kerajaan termasuk GLC.

Sebelum ini saya pernah menulis ( klik sini http://www.penembak-tepat.com/2012/06/tahniah-maju-holding-contoh-syarikat.html ) tentang isu pegawai kontrak di agensi kerajaan yang majoriti merupakan golongan yang selalu mempertahankan Kerajaan namun kecewa lantaran taraf jawatan hanya kontrak sahaja. Mereka ini mengalami kesukaran membeli rumah atau membuat pinjaman peribadi kerana sikap Bank termasuk MBSB yang hanya menerima status tetap sahaja bukan kontrak. 



Maka saya telah cadangkan dalam tulisan saya sebelum ini agar status kontrak ditambah kepada 'kontrak sambungan' kerana MBSB menerima permohonan pinjaman samada peribadi atau perumahan jika demikian status yang ditulis di dalam surat pengesahan. Berdasarkan info yang penulis dapat dari agen MBSB sendiri minggu lalu. Mungkin KSN baru menggantikan Tan Sri Sidek Hassan akan dapat mengatasi isu ini yang sedang melanda pegawai kontrak seluruh negara dengan segera dan mereka pernah meluahkannya kepada panglima..


Petang ini saya ingin menarik perhatian tentang PTS, sebuah penerbitan yang saya juga tumpang kagum kerana kecekalan mereka menerbitkan buku agama selain ilmiah dengan kualiti sangat baik walaupun  ada juga mendengar gosip ia dibiayai PKR - Wallahu A'lam. Namun penulis merasa sedikit kekecewaan apabila ia menjadi tempat aktivis pembangkang dan juga alat mempromosi pemimpin pembangkang yang jelas tidak wajar dipromosi lantaran idea dan perkataan mereka yang songsang dan tidak diterima terutama ulama muktabar di negara kita. Lihat buktinya :

lihat logo PTS di sebelah kanan bawah sekali 

Keterangan buku ini : 

Penulis : Mohd Aizat Mohd Salleh al-Hafiz

Penerbit : PTS Millennia

Harga : RM15.00 / RM17.00

Agak banyak juga buku-buku yang saya baca berkenaan keperibadian beliau. Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kehidupan beragama sejak datuk nenek beliau, susur galur pendidikan diatur sedemikian rupa oleh Allah SWT sehingga beliau terlibat dalam Gerakan Islam – Parti Islam SeMalaysia (PAS), menerajui Majlis Syura Ulama selaku Mursyidul Am dan memimpin negeri Kelantan sebagai Menteri Besar bertaraf ulama’.

Penulis memulakan tulisan dengan menceritakan latar belakang gerakan Islam seluruh dunia seperti Ikhwan Muslimin di Mesir, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia, FIS di Algeria, HAMAS di Palestin, Hizbullah di Lubnan, MILF di Filipina dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) sendiri. Demikian juga beberapa catatan berkenaan kehidupan berkeluarga beliau, pendidikan sehingga membawa beliau keluar merantau ke India dan Mesir sebelum mencurah bakti di tanahair.

Antara contoh pemikiran yang diutarakan oleh penulis ialah berkenaan isu kalimah Allah untuk orang bukan Islam, isu perpaduan kaum di Malaysia, pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, pengharaman judi dan arak di Kelantan, isu muzakarah PAS-UMNO, konsert Mawi di Kelantan, royalti minyak Kelantan, kontroversi ‘Allah samseng’, isu orang bukan Islam masuk ke masjid dan membaca al-Quran.

sumber :  http://abunuha.wordpress.com/tag/pemikiran-tuan-guru-nik-abdul-aziz-nik-mat/

Mungkin perkara ini tidak boleh disentuh kerana hak merekalah untuk menerbitkan buku sesiapa sahaja asalkan mempunyai nilai komersil. Namun apabila rakan saya menyiarkan pendedahan tentang Ainon Mohd di sini http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/06/hardcore-pas-dilantik-ahli-majlis.html maka saya fikir sudah tiba masanya 'dikejutkan' pihak DBP dan juga pihak-pihak tertentu yang dengan mudah melantik orang  tanpa memeriksa bagaimana sikapnya terhadap negara kita dan Kerajaan terutamanya.

Puak ini dengan jelas menyokong puak yang tidak mesra 'keselamatan' dan 'keluhuran undang-undang' bahkan 'ketulenan ajaran Islam' kerana memutarbelitkan perkataan dengan melampirkan ayat Quran dan Hadis dengan tujuan memesong perhatian umat Islam dan rakyat sekelian. Lebih teruk PTS pernah mengeluarkan kenyataan yang menuduh berlaku ketirisan tanpa bukti yang kukuh seperti yang disiarkan di web rasmi PAS di sini http://pru12.pas.org.my/ 

klik imej untuk lebih jelas


Apakah bukti lain bahawa hati Puan Ainon Mohd PTS ini bersama Pakatan ? Lihat link ini yang menyiarkan penglibatan beliau dalam gerakan mansuhkan PPSMI atau GMP ( Gerakan Mansuhkan PPSMI ) :



Jika tidak mencukupi maka kenyataan Ainon Mohd mempertahankan karya Faisal Tehrani yang umum mengetahui penglibatannya dengan Syiah, turut disiarkan oleh Malaysiakini yang disalin di blog ini http://dialograkyat.blogspot.com/2011/12/penerbit-pertahan-novel-haram-faisal.html perlu dibaca oleh pembaca semua.

Maka itu dengan rendah dirinya saya meminta ditimbang kembali perlantikan Puan Ainon Mohd sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademik DBP atas alasan yang disiarkan di atas. Biarlah dia menerbit buku pemimpin pembangkang namun  JANGAN SESEKALI DIBIARKAN dilantik ke dalam agensi Kerajaan seperti DBP.

Moga maaf jika ada kesilapan dalam huraian artikal yang disiar di atas.

Wallahu A'lam.


Ainon Mohd PTS (gambar profail FB beliau ketika diwawancara TVPas)



Gambar Ainon Mohd (tudung putih) semasa Gerakan Mansuhkan PPSMI 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak buat macam mana, ini saje orang Melayu dunia buku yang berjaya dalam industri buku tanpa subsidi dan kontrak kerajaan. Dah tu pakar bahasa....... Jadi belajar ajalah caranya.

Tanpa Nama berkata...

setuju... jgn lantik atas kapasiti posisi dlm politik..

Cari Blog Ini

Translate