Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Jun 2012

Video DYMM Sultan Johor Mengesat Air Mata Terharu Lihat Puluhan Ribu Rakyat Jelata Pertahan Baginda !!!



JOHOR BAHARU 10 Jun – Kira-Kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi tadi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor pada 2 petang.

Sultan Johor turut berangkat ke Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu, yang dianjurkan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung).

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.

“Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini,” kata baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan “Daulat Tuanku” rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate