Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Jun 2012

Video Debat Saifuddin vs Salahuddin 'Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi' Di Sinar Harian Semalam @NajibRazak





Puak PAS perlu tengok pandangan ulama dari Jordan tentang hukum Fatwa. Selama ini demo biasanya berakhir dengan keganasan dan membawa kepada kemusnahan harta benda selain mengancam keselamatan.  


Kerana itu ulama mengeluarkan fatwa berdasarkan kaedah fiqh 'mengelak mudarat lebih utama dari mendapat manfaat' seperti yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan namun malang sekali ia ditolak oleh puak pembangkang. Lihat berita di The Malaysian Insider di sini :


Hassan Ali setuju fatwa demonstrasi digazet sebagai undang-undang

May 08, 2012
PETALING JAYA, 8 Mei — Bekas exco Selangor yang dilucut jawatan Datuk Dr Hassan Ali hari ini bersetuju sekiranya fatwa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berkenaan demonstrasi ganas itu digazetkan sebagai undang-undang.
“Saya menyokong penuh fatwa berkaitan demonstrasi yang dikeluarkan Majlis Fatwa digazetkan menjadi undang-undang.
“Fatwa ini bukan sembarangan. Saya tahu sangat proses nak keluarkan fatwa. Mereka merujuk kepada pelbagai kitab, ulama.
“Kalau kita meragui fatwa, di Malaysia ini kita nak bergantung kepada apa lagi?” soalnya yang menyeru masyarakat supaya tidak meragui fatwa yang dikeluarkan badan berkenaan kerana ahli-ahlinya terdiri daripada golongan ilmuan agama.
“Tak perlu kita ragukan. Mereka (ahli Majlis Fatwa) itu adalah kumpulan yang diketahui hafaz al-Quran dan hadis,” tambahnya.
Tambah Hassan, pihaknya bersetuju dengan niat asas Bersih untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, namun, perkara itu berubah bila ketika demonstrasi ia kelihatan seperti satu mini revolusi untuk menduduki Dataran Merdeka.
“ Tujuan asas nak bersihkan pilihan raya, saya suka, setuju kalau pilihan raya telus. Tapi bila sampai satu tahap tujuan mini revolusi pula dikeluarkan, itu saya tentang.
“Fatwa sudah mengkaji dengan terperinci apa natijah Bersih. Kita lihat  seorang anggota polis hampir terbunuh. Ada yang tercedera, dapat rawatan di hospital,” katanya lagi dan menambah “ia bukan tujuan asal Bersih 3.0.”
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  berkata mereka memandang serius isu perhimpunan Bersih 3.0 di mana adanya umat Islam menjadi perusuh jalanan.
Namun begitu, pengeluaran fatwa tersebut mendapat respon negatif daripada pembangkang kerana melihat fatwa yang dikeluarkan seakan-akan berat sebelah dan menyokong perjuangan Umno.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty menjelaskan, fatwa yang dikemukakan  badan berkenaan adalah bertentangan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Shaikh Yusuf al-Qaradawi, yang berpendapat bahawa demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman.
Jelas beliau, pihak Majlis Fatwa perlu merujuk kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) bagi mendapatkan fakta sebenar supaya fatwa yang dikeluarkan tidak berat sebelah.
Ulama PAS juga turut menyeru Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan agar tidak mengeluarkan pandangan yang sempit dan melibatkan demonstrasi semata-mata, sebaliknya mengambil kira punca demonstrasi itu sendiri iaitu kepincangan sistem pilihan raya.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan, demonstrasi yang menjurus kepada perkara kebaikan dan tugas “amar makruf nahi mungkar” adalah sangat digalakkan dalam Islam.
Selain itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali, pula menegaskan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diminta tidak menyempitkan pandangan muzakarah melibatkan demonstrasi yang berlaku sahaja.
Tetapi, tambahnya mereka perlu mengeluarkan pandangan terhadap kepincangan pengurusan kewangan negara, seperti amalan rasuah yang berleluasa, dan ketirisan dengan tujuan politik jahat.
Pengerusi jawatankuasa fatwa tersebut, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, dipetik berkata: “Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam.
Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
“Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah.”



Dengan menolak berdemonstrasi di Stadium - tawaran yang sangat menarik oleh Kerajaan BN - ini bukti penganjur sebenarnya tidak mahu ia berjalan dengan aman dan sekaligus boleh mengundang bahaya kepada keamanan negara.

Perhimpunan Hijau PAS di Kedah baru-baru ini membuktikan perhimpunan aman dapat dicapai kerana dianjurkan di dalam Stadium bukan di jalanan.

Baca hukum dari pihak Majlis Fatwa Jordan (jika Mufti-Mufti  Malaysia anda tidak percaya dan menganggap mereka alat pemerintah) di bawah dan mohon anda sebarkannya...

HUKUM DEMOSTRASI
Majlis Fatwa, Penyelidikan dan Kajian Islam, Jordan.
Keputusan bilangan (164)(2/2011)
Tarikh (5/4/1432H) bersamaan (10/3/2011M)
Terjemahan: Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perlis
 Telah disemak dan diperakui oleh S.S. Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
--------------------------------

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, Selawat dan Salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda, wa ba’d:

Majlis Fatwa, Penyelidikan dan Kajian Islam dalam pertemuan ke lima (5) yang diadakan pada hari Khamis 5/4/1432H bersamaan 10/3/2011M, menegaskan akan kewajipan beriltizam dengan syariat Allah, menyeru bersama memerangi kerosakan, keperluan mencari penyelesaian dengan berdailog dan berusaha kepada pembaikan yang menyeluruh dalam berbagai lapangan kehidupan, sebagai merealisasikan firman Allah AWJ:

إِنْ أُرِيْدُ إِلَّا الْإصْلَاح مَا اسْتَطَعْتُ وَ مَا تَوْفِيْقِيْ إِلَّا بِاللهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَ إِلَيْهِ أُنِيْبُ
Mafhumnya: “aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.” (Hud: 88)

Demikian juga menegaskan keperluan berdakwa kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik.

Sebagai menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan kepada Bahagian Fatwa Umum (دائرة الإفتاء العام) berkaitan hukum agama tentang beberapa demostrasi, berpicket dan selainnya yang berlaku kebelakangan ini.


Melihat kepada kepelbagaian dan beragam jenis piket dan demonstrasi yang diadakan, berbagai slogan yang dilaungkan, demikian juga berbagai motif, berbagai bendera yang dikibarkan dan akibat serta keputusan yang akan berlaku, maka Majlis Fatwa akan meletakkan himpunan garis-garis ketetapan sebagai panduan yang digali dari مقاصد الشريعة الإسلامية وكلياتها, garis-garis ketetapan tersebut adalah seperti berikut:

Pertama: Bahawa tiada lagi cara lain untuk menyatakan pandangan yang dapat digunakan, seperti dialog harmoni dan nasihat-menasihati antara pemimpin masyarakat dan pembuat-pembuat dasar.
Kedua: Hendaklah tidak membawa kepada penumpahan darah, kehilangan nyawa dan serangan jiwa.
Ketiga: Tidak menyebabkan mudarat yang lebih besar berbanding manfaat yang diharapkan darinya.
Keempat: Tidak berlaku di dalamnya atau tidak berlaku juga dari penganjurannya pengabaian terhadap kebaikan Negara dan penghuninya.
Kelima: Tidak ada di dalamnya serangan terhadap pusat dan institusi yang memiliki kepentingan umum dan khusus.
Keenam: Tidak dieksploitasi oleh pihak-pihak yang memiliki matlamat-matlamat lain yang boleh membawa kepada berlakunya kekacauan di dalam masyarakat.
Ketujuh: Tidak membawa kepada terbitnya hasutan fitnah dikalangan anggota masyarakat yang satu, menggugat keamanan Negara, mencetuskan keganasan serta persengketaan kaum dan bangsa dan menjadikan terpecahnya Negara Islam.
Kelapan: Tidak berlaku di dalamnya perkara yang menyalahi syarak seperti percampuran lelaki dan perempuan yang tidak diizinkan dan seumpamanya.
Kesembilan: Tidak membawa kepada timbulnya perasaan takut dari orang ramai, disebabkan berlaku serangan kepada harta-benda, rumah dan kenderaan mereka, berleluasanya kecurian dan pencerobohan kehormatan rumah dan keluarga mereka.

Majlis Fatwa meletakkan garis-garis ketetapan syarak ini bertujuan menyeru ulama umat Islam melalui persidangan mereka untuk memberi bimbingan dan pembaikan, dan agar mereka memikirkan di dalam minda mereka kebaikan yang tertinggi untuk umat dan Negara Islam, sambil memohon kepada Tuhan Maha Pelindung AWJ agar memelihara Negara kita dalam keadaan aman dan tenteram, menjauhkannya dari fitnah yang zahir dan tersembunyi demikian juga untuk semua Negara umat Islam, sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pemberi Perlindungan dan sebaik-baik Pemberi Bantuan. – tamat terjemahan fatwa - 






1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Demo ala PR... http://suararakyatdun46.blogspot.com/2012/06/demontrasi-ala-salehuddin.html

Cari Blog Ini

Translate