Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Julai 2012

Blogger Terkenal PAS Meninggal - Al Fatihah


Al Fatihah - Sahabat blogger kembali ke Rahmatullah...



Innalillahi wainna ilai hiraji'un .... Gua dimaklumkan bahawa sahabat blogger/facebooker Tinta Hijau telah kembali ke Rahmatullah.....

Blogger Tinta Hijau atau nama sebenar beliau, Nik Hazman Nik Hashim diberitakan sedang mengerjakan Umrah dan meninggal dunia di Mekkah Hari ini 9/7/2012, pada pukul 6.30 ptg waktu Arab Saudi..


Walaupun beliau berlainan pandangan politik dari gua, blog beliau sering menjadi persinggahan gua untuk merujuk berita tentang Pas khususnya..

So.., ketiadaan beliau merupakan satu kehilangan besar didalam dunia siber.. Dan gua rakamkan takziah kepada seluruh keluarga beliau..

Semoga arwah ditempatkan bersama mukmin yang dikasihi Allah... Al Fatihah ...................


artikel di atas tulisan Blogger MPP http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2012/07/al-fatihah-sahabat-blogger-kembali-ke.html


Panglima : semoga segala dosanya memburukkan Kerajaan yang memayungi rakyat jelata akan diampunkan Allah berkat amalan umrah yang dilakukan oleh beliau. 

Meskipun kita marah dengan artikel yang memburukkan negara dan pemimpin namun kita juga berdoa agar segala kesalahan beliau diampunkan oleh Allah - tanda kasih kita kepada saudara seagama walau berbeza jiwa perjuangan dan mazhab politik antara kita semua.

Jangan kerana benci kita terlalu benci dan jangan kerana kasih kita terlalu kasih sehingga ternafi kebaikan orang yang kita benci atau kejahatan orang yang kita kasihi.

Marilah kita hadiahkan Al Fatihah kepada arwah...Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad waalihi wasallim.

1 ulasan:

Brahim Nyior berkata...

Dia tetap sebahagian umat Nabi, dan dia tetap saudara se-Islam kita, biarpun berbeza pandangan politik.
Moga Allah mengampuninya.
AMIN..

Cari Blog Ini

Translate