Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Julai 2012

Wajah Lelaki dan Pasangan Mengamuk Dengan Pedang Samurai di Parcel B Jabatan Perdana Menteri



Laporan Utusan Malaysia :


PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.


Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN


Berita The Star :

PUTRAJAYA: A couple brandishing samurai swords caused a stir outside the Prime Minister's Office here on Monday.
The couple had suddenly appeared at the PMO complex's security post at 2.30pm and waving the swords in an aggressive manner.
The policemen rushed out of their post and tried to talk to the couple who appeared to more agitated.
Whilst the policemen were talking to the couple, a team of anti-crime personnel arrived.
Witnesses said after failing to calm down the couple, the police fired at the man in the left arm while the woman was shot in the left leg.
Both were taken to Putrajaya Hospital.

sumber : twitter https://twitter.com/alhadihamzah 
Panglima : mengikut raut wajah mungkin lelaki dan perempuan ini golongan radikal agama atau militan yang terlalu marah kerana kesilapannya mempelajari agama. 

Barangkali juga perasaan marah kerana gagal mendapat projek tender Kerajaan menyebabkan perkara ini terjadi. 

Namun sukar dipastikan perkara ini kecuali selepas siasatan penuh dibuat oleh PDRM. Wajarlah kita menunggu siasatan lanjut dilakukan dan tidak membuat spekulasi melulu tentang perkara ini. 

Terima kasih.


siap tulis jam 6.00 pm

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate