Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Julai 2012

Gambar Kawan 'Imam Mahdi' Khalil Afandi Nama Ali Osman Idris Sudah Ditemui !!!


Selepas meneliti dan mengkaji blog yang terlibat dengan kes serangan 'Imam Mahdi' maka dengan izin Allah ada beberapa info yang ditemui.

Antaranya info rakan penyerang bernama Ali Osman Idris dan juga Muhdalena yang ditemui di blog dipercaya milik Muhdalena di sini http://9111tanyasamaituhudhud.blogspot.com/

Beberapa perkara telah dapat dikenalpasti antaranya :



Nama sebenar rakan penyerang seperti yang ditulis di ruang komen blog di atas  ialah : Ali Osman bin Idris. Berdasarkan kad pengenalan miliknya yang ditulis di ruang komen blog - didapati beliau ialah pengundi di Parlimen Petaling Jaya Selatan dan DUN Taman Medan. Sama dengan 'Imam Mahdi' 


Antara yang ditulis oleh Ali Osman menggunakan nama gelaran  NamanAliOsman ialah :



naman Ali Osman said...
Nurun Nur dan semua..

Kita berjanji hanya Allah Tuhan kita.. Jangan diambil selain dari Allah sebagai Tuhan dan jangan sekali2 disamakan, digandingkan dan disekufukan Dia dgn makhluk.. Kenali Allah dgn sebenar2nya.. Surah Al-Ikhlas cukup untuk manusia mengenaliNya. Allah itu Esa (Satu).. Semua makhluk berhajat (memerlukan) kepadaNya (berhajat kpd hidup, kebahagiaan dan semua keperluan sbg manusia) Tidak sekali2 Allah memerlukan makhluk untuk kesempurnaanNya.. Tidak sekali2 Nur Muhammad diperlukanNya.. Tidak Dia beranak dan tidak diperanakkan.. Tiada satu pun yang sekufu (untuk dibuat perbandingan)denganNya..Jangan disamakan Allah dgn makhluk. Itulah Allah Tuhan kamu. Jelas dan boleh difahami manusia.

Kita dihantar kedunia ini sebagai manusia untuk diuji, siapakah yg terbaik amalannya sebagai manusia dan khalifah Allah dimuka bumi ini..Panduannya diajar oleh nabi semasa diutuskan menjadi rasul.. Tujuan risalah nabi ialah membawa rahmat keseluruh alam, membuat kebaikan dan menentang kemungkaran. Iblis, dajjal dan nafsu adalah halangan manusia untuk ujian didunia ini. Iblis dengan perangkap2nya yg memesongkan akidah.. dajjal menghendaki manusia bertuhankan dia..dan nafsu dengan kehendaknya yg tidak ada penghujung untuk memperhambakan kita. Merdekakan diri dari ketiga2nya.

Kemudian berjuanglah bersama kami menyebarkan kebaikan dan rahmat keseluruh alam. Hapuskan kesengsaraan manusia yg sedang diperhambakan oleh kehidupan ciptaan iblis dan dajjal. Turunkan raja2 yg telah diberi amanah tetapi tidak menyempurnakannya.
naman Ali Osman said...
Rahsia sudah didedahkan.. Aku Ali Osman bin Idris 731209145059 akan sentiasa bersama dengan Khalil Afandi Bin Abd Hamid.. Pertembungan pasti akan berlaku.. Antara Dajjal dan kami.. Adakah cuma kami berdua?


Selepas diteliti rakan 'Imam Mahdi' bernama Ali Osman bin Idris  (nama pena Anak Penjual Kasut)  mempunyai rakan blogger bergelar Mat Indera Sipejuang yang ditemui di bawah :


Beliau telah mengikut (follow) blog tersebut berdasarkan imej di atas. Blog tersebut beralamat http://inderasipejuang.blogspot.com/ hari ini telah menyiar artikel terbaru tentang kenyataan Menteri KDN tidak akan kompromi keselamatan PM. 

Tulis beliau :

Jadi bagaimana pula tentang keselamatan Rakyat yang lain... beliau kena ingat beb... keselamatan yang paling utama ialah Keselamatan Rakyat tak kira siapa sama ada orang tersebut Perdana Menteri atau pun Rakyat Biasa... sebab itu Gua cakap beliau ni hanya layak nya jadi Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga... tapi malangnya DSHN pun sebok gak nak jadi Menteri Wanita... ialah untuk memudahkan Datin Seri Hajah Rosmah (DSHR) mewakili beliau sebagai Menteri Wanita disesuatu Majlis Rasmi Kerajaan... kah kah kah !.

Gaya penulisan blogger di atas, tidak ubah seperti Blogger PKR Tukar Tiub yang dapat dilihat dalam laras bahasa yang digunakan, menunjukkan golongan ini adalah puak yang begitu tebal kebencian mereka terhadap Kerajaan dan Menteri Kabinet. Perkataan 'sebok' juga menunjukkan penulisnya seorang yang sudah berusia kerana menggunakan ejaan lama zaman 60 - 70 an....

Adakah penulis blog tersebut Hishammuddin Rais ? atau mungkin anak didik beliau barangkali. Jika Khalil Afandi dilihat 'totok PAS' maka rakan beliau dilihat 'totok PKR' berdasarkan klu yang ditemui di atas.

Akhir tahun lepas isu Mat Indera telah dipopularkan oleh Mat Sabu dan hangat di seluruh negara ekoran tindakan beliau mempertahankan Mat Indera bukan komunis. Meskipun  yang jelas Mat Indera ialah pemberontak yang berjuang bawah parti komunis menurut pakar sejarah.

Selepas diperiksa blog yang baru mula dibuka pada Feb 2012 yang lalu, memaparkan wajah Ali Osman di ruang profile blog :

[naman.jpg]


Mungkin beliau sudah ditahan polis namun kita bimbang ramai lagi jaringan mereka yang masih bebas dan mungkin merancang sesuatu untuk membuat kacau ekoran kesempitan fahaman agama yang dipelajari dari guru yang tidak sahih ilmu dan pengajiannya. 

Lihat contoh kebencian yang disebarkan di dalam ceramah di Youtube dan tidak peliklah jika mereka yang menontonnya akan terpengaruh dan bertindak untuk menyerang Kerajaan dengan tujuan menggulingkannya.





Setakat ini jelas hanya PAS melalui Harakahdaily yang membela Mat Indera ini. Klik link http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5301-kajian-mat-indera-bukan-komunis untuk maklumat lanjut.

Ia perlu dibaca dengan artikel di bawah ini berhubung dakwaan bahawa Mat Indera adalah komunis seperti kenyataan MB Johor di bawah pada September 2011


MB Johor dakwa Mat Indera komunis, rancang serangan Bukit Kepong

September 08, 2011
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan Ahmad Indera atau lebih dikenali sebagai “Mat Indera” telah merancang serangan ke atas Bukit Kepong pada 1950 selain mendakwa beliau berusaha keras mempengaruhi orang Melayu menyertai “kegiatan haramnya” dalam Parti Komunis Malaya (PKM).
Dalam berita muka depan Berita Harian hari ini, yang bersandarkan pada rencana khas Ghani sendiri, Menteri Besar juga mendakwa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Rejimen Ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.
Mat Indera ketika ditangkap pada Oktober 1952 di Kampung Baru Seri Medan. — Foto ihsan Pengukir Nama Johor
Semalam, keluarga Mat Indera mempertahankan beliau bukan merupakan komunis dan mahu kerajaan membersihkan namanya.
“Dia bukan seorang ‘pejuang’ untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun,” kata Ghani lagi.
Ghani menulis, apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan darurat pada 19 Jun 1948 semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan PKM diharamkan dan ramai ahlinya mengambil tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Umno.
“Perjuangan melalui parti dan gerakan Umno yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan membabitkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pascamerdeka di negara ini.
“Bagaimanapun, Mat Indera memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British,” kata Ghani dalam rencananya.
Tulisan ini diterbitkan sehari selepas Ghani berkata, Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.
Semalam, Ghani menegaskan, berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah ahli PKM dengan pangkat sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.
Dalam tulisan hari ini, Ghani menambah, tindakan Mat Indera terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.
“Ini berlainan daripada pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub tidak memilih untuk bertindak secara militan.
“Kemuncak pembabitan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu ialah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950. Fakta yang diperoleh daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas itu terhadap pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong,” katanya lagi.
Ghani menulis, sebagai seorang daripada pemimpin Rejimen Ke-10 PKM, Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.
“Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air.
“Sedangkan, ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara,” katanya.
Malah kata beliau, Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk daripada Malayan Union British sebelum itu.
Tambah beliau, komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan People’s Democratic Republic of Malaya yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.
“Malaysia yang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.
“Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan,” katanya.
Mat Indera ditangkap dua tahun selepas tragedi Bukit Kepong.
Sehubungan itu kata beliau, akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan pengganas yang diharamkan sehingga ke hari ini.
“Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.
“Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan Umno yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan,” katanya lagi,


Seterusnya maklumat Muhdalena :



Menurut maklumat dari rakan FB Panglima yang mengaku belajar UIA sama dengan Muhdalena  :

muhdalina seorang pelajar uia, jurusan comparative religion, batch ambo, grad 2009 rasanya, asrama terakhir mahallah asma', tingkat 4, bilik 4.6 c...budak baik, tak aktif persatuan pelajar rasanya..wallahualam

Sementara itu dalam berita semalam disiarkan komen bapa beliau sendiri :

Ahmad Adam

PUTRAJAYA:"Saya kecewa dia belajar tinggi tapi jadi begini."


Demikian kata Ahmad Adam, 55, ayah Muhdalina, 28, yang ditembak polis ekoran kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.


Menurutnya, suspek merupakan anak kedua dari empat beradik seorang yang peramah dan baik, malah sebelum ini bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di Pelabuhan Utara, Klang sebelum berhenti hujung bulan lalu.


“Saya tidak sangka perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi telah menyebabkan anaknya itu terjebak dengan perkara yang tidak masuk akal seumpama itu.


“Saya percaya ini ekoran sikapnya yang ‘Gila Internet’ malah kami sendiri tidak pernah mengenali Khalil Afandi dan hanya kenal dia dari surat akhbar hari ini malah percaya Muhdalina hanya mengenali lelaki tersebut melalui internet sahaja,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.


Ahmad berkata, tiada sikap mencurigakan mengenai Ina melainkan dua hari sebelum kejadian dia menghantar dua anaknya ke rumah dan memaklumkan ada urusan untuk dua ke tiga hari malah, "kami tidak mengesyaki apa-apa."


“Dia tinggal bersama suami yang bekerja sebagai pemandu di syarikat yang sama di Rantau Panjang, Klang banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet dan bukan dikategorikan sebagai seorang yang memiliki pengetahuan agama tinggi,” katanya.


Ahmad yang datang bersama isteri, Siti Marliah Marjunit, 55, dua anak Muhdalina, Mohd Farish Khorizmi Yusof , 2, dan Mia Ratisya Yusof, 1, dengan ditemani anak sulungnya Ariffin.


Bagaimanapun tidak dapat melawat Muhdalina.


Ahmad yang juga seorang peniaga nasi lemak berkata, anggota polis yang mengawal Muhdalina memberikan alasan anaknya masih belum diambil keterangan dan tidak dibenarkan menerima pelawat.


“Kami sekeluarga amat terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana dia seorang anak yang baik, peramah dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga, malah dia juga berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Menurut Ahmad, dia hanya mengetahui kejadian menimpa Muhdalina setelah dimaklumkan oleh anak sulung yang terbaca mengenai perkara itu di Internet kira-kira jam 5 petang (semalam) dan menyangka hanya rusuhan biasa


“Saya terus menghubungi telefon bimbit Muhdalina sebelum dijawab seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.


“Setelah dimaklumkan situasi Muhdalina oleh pegawai polis berkenaan, saya terus bergegas datang ke Hospital Putrajaya, namun gagal menemuinya, selepas itu saya ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya untuk mengetahui hal sebenar," katanya lagi.


Ahmad memaklumkan dia akan ke IPD Putrajaya untuk memohon kebenaran bagi melawat anaknya.


Difahamkan, Muhdalina sudah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di kakinya dan keadaannya dilaporkan stabil.


Sementara itu, suami Muhdalina yang hanya dikenali sebagai Yusof berkata, dia yakin isterinya itu terlalu taksub dengan Khalil Afandi walaupun hanya mengenali lelaki itu melalui laman blog seminggu lalu.


Dia yang datang ke Hospital Putrajaya dengan ditemani seorang rakan hanya datang menyerahkan pakaian dan barang-barang keperluan isterinya kepada anggota polis yang berkawal.


Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin, Muhdalina ditembak oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Putrajaya selepas mengamuk bersama Khalil Afandi yang bersenjatakan pedang samurai, pisau lipat dan keris.

-sinarharian-

Beberapa persoalan sedang difikir oleh panglima :

- adakah ini satu 'konflik' ciptaan pihak pembangkang ? Berdasarkan video disiarkan oleh MiloSuam ternyata adegan tembak dapat dirakam dengan jelas oleh kamera yang sudah tentu siap sedia untuk merakamkan adegan tersebut. 

- Meskipun penulis turut berada di tempat kejadian namun suasana kelam kabut sukar membuka ruang untuk merakam adegan yang berlaku. Bukti jika tidak bersedia sudah tentu tidak akan mampu merakam aksi  kejadian.

- Pemilihan Parcel B yang tidak dilengkapi polis bersenjata, bukti ia dirancang kerana jika sasaran mereka pejabat PM di Parcel A sudah tentu polis yang bersenjata akan menghalang serangan tersebut dan ia perkara yang dilihat cuba dielakkan oleh 'Imam Mahdi' Khalil Afandi dan Muhdalena.

- Tindakan ini adakah permulaan kepada 'keganasan' selepas Pembangkang tidak lagi mampu memujuk rakyat untuk terus menyokong mereka ? Kita berharap 'kegilaan' berpolitik pihak pembangkang tidak akan sampai ke peringkat tersebut. Walaupun rakyat sudah pun muak dengan janji palsu mereka serta fitnah yang jijik yang dilontarkan kepada YAB Perdana Menteri dan juga pemimpin UMNO Barisan Nasional.

- Dengan menulis no IC di ruang komen blog Muhdalena, ia menunjukkan arwah 'Imam Mahdi' dan rakannya Ali Osman seperti ingin memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat tentang diri mereka. Bukti mereka obses dengan alam siber untuk mencari perhatian dan suka membuat kontroversi. Perkara yang biasa dilakukan penyokong pembangkang seperti Adam Adli dan Aduka Taruna yang mahu mereka menjadi hero di hadapan rakyat jelata dengan mencipta sendiri insiden dipukul dan provokasi.

- Barangkali mereka tidak menyangka kegilaan mereka ini berakhir dengan serangan nekad 'Imam Mahdi' ke kompleks JPM Putrajaya dan penglibatan pihak tertentu mungkin menjadi faktor serangan ini dilakukan. Motif mereka seolah-olah untuk memberi amaran bahawa tindakan lebih keras mungkin akan dicetuskan jika mereka gagal mendapat kuasa menduduki Putrajaya. Selepas berpuluh juta sudah dilaburkan dengan bantuan luar dan dalam negara.

- Tragedi ini juga berlaku selepas penyerang gagal menyerah diri walaupun amaran tiga kali sudah dilakukan kepada beliau. Bukti SOP dipatuhi bukan sewenang-wenangnya nyawa rakyat digadaikan oleh pihak keselamatan. Seperti dakwaan Chua Jui Meng dalam twitter beliau.

Lihat tragedi demi tragedi kerusi kosong di majlis ceramah PKR barangkali dapat menyokong hipotesis ini : 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2012/03/ceramah-pas-banyak-kerusi-kosong-sudah.html

http://jawaber6.blogspot.com/2012/04/kerusi-kosong-temani-ceramah-anak-dap.html

http://kedahkekl.blogspot.com/2012/01/tudiaa-umno-sabotaj-konvensyen-pakatan.html


Wallahu A'lam.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Ini tak mencarut bro kikiki. Jd jg delete lorrr

Tahniah atas maklumat yg tepat dan salam perjuangan

Hani El Zahra berkata...

Muhdalina bdk IRK, Comparative Religion? Ayah dia ckp dia x sepenuhnya sekolah agama & x berpengetahuan tinggi dalam agama tapi kalau betul dia budak IRK...mmg sepatutnya dia sekolah agama...That doesnt sound like it...Are you sure dia mmg budak Comparative Religion?

Tanpa Nama berkata...

percaye ke ngn pengakuan suami muhdalena?? bace 2-2 link kat bwh ni

http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com/2012/07/pengakuan-suami-muhdalina-ahmad-mohd.html

http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com/2012/07/pengakuan-suami-muhdalina-ahmad-mohd_14.html

Cari Blog Ini

Translate