Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Julai 2012

Gambar Uncle Seekers dan Teman Wanitanya Yang Ditahan Polis



Pengamal aktiviti paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas telah ditahan pihak polis malam tadi atas penyiaran artikel yang didakwa mengandungi unsur hasutan, provokasi, dan mengaibkan kerabat Diraja Johor di dalam blognya.Beliau yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers telah ditahan kira-kira jam 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan dan telah pun di bawa ke Nusajaya, di Johor.
Dipetik Sinar Harian, bapanya, Syed Hussein Al-Attas berkata, beliau hanya difahamkan oleh orang ramai anaknya itu telah ditahan polis, dan masih belum menerima sebarang pengesahan.
“Saya difahamkan dia ditahan malam tadi. Orang beritahu saya dia ditahan. Saya belum dapat pengesahan. Dia pun belum hubungi saya,” kata Syed Hussein atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib.
Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Mohd Akhir Ishak telah mengesahkan tangkapan itu.
Turut ditahan bersama beliau adalah seorang perempuan yang dikenali Siti Nadhirah Mohd Zain berusia 26 tahun.
“Polis menerima tujuh laporan polis ke atas pengendali laman blog itu sejak 13 Jun lalu. Susulan itu, dua pasukan polis telah melakukan tangkapan ke atas beliau malam tadi.
“Kedua-duanya ditangkap untuk siasatan lanjut bersangkut kes di bawah Seksyen 8(1) (d) Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya pada pemberita di Johor Bharu, tengah hari tadi.
Mohd Akhir berkata, jika disabit kesalahan mereka boleh dipenjara setahun dan tidak melebihi tujuh tahun.
Sebelum ini, memetik laporan media, lebih 30 laporan polis telah dibuat terhadap Uncle Seekers kerana menyiarkan artikel di laman blog miliknya, uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan mengaibkan Sultan, dan kerabat Diraja Johor.

Selepas membuat sedikit carian rupanya perempuan ini adalah pelakon 
utama 'penunggu istana'...

Link klik sini : http://www.sinemamalaysia.com.my/ dan ditulis juga beliau seorang pengkaji. 

Rupanya uncle Seekers sudah menyiarkan tentang perempuan ini di link sini http://uncleseekers.blogspot.com/ 

Kita tunggu perkembangan Blogger ini yang khabarnya sudah makin laju menuju tangga teratas carta blogger politik terhebat alam maya termasuk geng pembangkang.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate