Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Julai 2012

Isu @IsmailSabri60 Tukar Pengarah ( Bukan Pecat ) Pun Dijadikan Isu oleh @MahfuzOmar - Bukti PAS Tiada Isu Lagi Tarik Undi cc @NajibRazak


Harakahdaily telah melaporkan di sini http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12017-tukar-pengarah-pas-mahu-penjelasan-ismail-sabri- tentang pertukaran empat orang Pengarah selepas dua hari Himpunan Koperasi yang didakwa gagal.

Pertukaran ini dikritik hebat lantaran ia didakwa kerana gagal menghimpunkan audien seramai 100 ribu semasa Hari Koperasi baru-baru ini.

Dalam hal ini kita nampak isu dalam Kerajaan yang sepatutnya tidak dijadikan isu oleh Naib Presiden PAS telah disentuh oleh beliau.

Sebagai Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkuasa penuh menukar sesiapa sahaja jika didapati tidak memenuhi prestasi yang diharapkan.

Penukaran adalah lebih lembut dan lebih berhemah berbanding pemecatan.

Bayangkan jika kerana tidak puas hati Menteri memecat Pengarah Negeri terbabit ??? 



Namun Kerajaan Barisan Nasional di samping mengejar kecemerlangan, ia tidak juga terlalu kejam sehingga lupa keluarga penjawat awam yang tentu akan ditimpa kesusahan jika dibuang kerja serta merta. 

Walaupun Kerajaan boleh berbuat demikian.

Dalam hal ini Mahfuz Omar patut bertanya kepada diri sendiri apakah salah penukaran tersebut atau tidak ?

Adakah yang ditukar itu patut bertanggungjawab atau tidak di atas kegagalan mengumpulkan peserta yang disasarkan 100,000 orang ?

Jika jawapannya ialah YA maka Mahfuz Omar kena terima hakikat bahawa politik beliau ternyata tidak matang dan hanya mahu mencari publisiti bukan mengejar bakti membantu rakyat di dalam kesusahan.

Sekali lagi perkataan TUKAR dengan PECAT perlu dibezakan dan dalam hal ini Kerajaan sentiasa memberii peluang kepada penjawat awam menunjukkan prestasi dan tidak terus MEMECAT tanpa sebarang sebab yang wajar sebaliknya hanya menukarkan mereka dengan hasrat ia dapat membantu menjana kecemerlangan negara demi kemakmuran berpanjangan di masa akan datang.

Baca kisah di sebalik yang berlaku seperti tulisan Pisau.net di bawah :


Pisau selidiki masaalah yang berbangkit, Pengarah terbabit masing masing dari negeri Pahang,Terengganu,Negeri Sembilan dan juga Kedah langsung tidak mempedulikan akan proses membawa ahli koperasi dari negeri masing masing. Apa alasannya hingga tidak mampu membawa ahli KOOP sedangkan program Hari Koperasi adalah acara tahunan sudah pasti mereka membuat persediaan dan penyelarasan yang awal.


Menariknya daripada komen komen yang Pisau dapat tindakan Ismail Sabri ada benarnya. Jika tidak diambil tindakan akan ada pula cakap cakap pak menteri lembik tak buat kerja dan macam macam hal lagi.


Contohnya kes di Mantin ,Negeri Sembilan,pihak yang sepatutnya mengatur pengangkutan untuk ahli ahli KOOP tidak hadir untuk membawa mereka ke Bukit Jalil bertambah memburukkan keadaan tiada sebarang penjelasan oleh pihak pengurusan sedangkan makcik makcik dan pakcik telah berjam jam menunggu bas namun tidak kelihatan. Ramai ahli KOOP lain di seluruh N.Sembilan terkandas atas sebab yang sama.

Malah ada juga bas yang disediakan dalam keadaan yang amat teruk apabila ada penduduk Felda merungut kerana ada bas yang mempunyai masaalah brek hingga menjejaskan keselamatan.Akhirnya ada yang pergi dengan kereta sewa dan ada juga membatalkan hasrat mereka.

Read more: http://www.pisau.net/2012/07/tukar-pengarah-kpdnkk-prof-madya-dr.html#ixzz224IHeG9o

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate