Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Julai 2012

Kerajaan Naikkan Elaun Imam Kepada RM750 Sebulan Bukti Islam Didahulukan cc @NajibRazak @nasruddintantawi


Bukan tempat tabur fitnah

Oleh HUSSAINI AMRAN
pengarang@utusan.com.my

Najib Tun Razak bersalaman dengan warga imam dan jawatankuasa masjid pada Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 19 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam di negara ini tidak menjadikan masjid sebagai gelanggang untuk melontarkan kebencian terhadap pemerintah.

Perdana Menteri berkata, kesucian masjid tidak seharusnya dicemarkan semata-mata kerana ingin mencari pengaruh atau mengaut keuntungan politik.

Jelas beliau, Nabi Muhammad SAW juga melarang masjid dijadikan platform untuk menabur fitnah, kebencian serta merosakkan perpaduan umat Islam.

“Masjid bukan gelanggang untuk mengecam umat Islam yang lain. Masjid adalah tempat untuk melakukan ibadah dalam keadaan tenang dan tenteram.

“Peranan sebenar masjid adalah berdakwah secara bijaksana dan berhikmah serta mengajak ummah ke jalan yang benar," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid Seluruh Negara di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim; Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dan Tokoh Imam Kebangsaan 2011, Sheikh Roslan Abd. Halim.

Sementara itu, kata Najib, konsep islah atau pembaharuan yang besar yang dilaksanakan kerajaan menerusi pelbagai program transformasi mampu memacu negara mencapai status negara maju menjelang 2020.

Beliau memberitahu, konsep islah diterapkan dalam bidang ekonomi, pendidikan, politik dan pentadbiran dengan penekanan kepada aspek menjaga hak asasi manusia dan kebebasan dengan batas-batas tertentu.

Bagaimanapun, Najib menjelaskan, pendekatan islah itu amat berbeza dengan pendekatan golongan mufsidun yang ingin merosakkan perpaduan antara kaum dan sesama umat Islam.

“Contohnya, perhimpunan Bersih 3.0 yang lebih banyak merosakkan daripada memperbaiki keadaan.

“Demonstrasi turut diadakan di Mekah dan Madinah sehingga merosakkan imej umat Islam dari negara ini di Arab Saudi," ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menyatakan komitmen kerajaan untuk terus membela kebajikan warga imam di negara ini.

Menurut beliau, langkah menaikkan elaun bulanan imam daripada RM450 kepada RM750 mulai Januari 2011 merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap peranan mereka dalam memartabatkan agama Islam.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baguslah kalau PM berfikiran mcm tu.. tp kalau dibandingkan elaun yg kerajaan PR P.Pinang bg...lebih tggi bro....

Tanpa Nama berkata...

as salam bro...ni bukan gambar PM bersama warga imam dan jawatankuasa masjid dan gambar ni bukan diambil di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).gambar ni sebenarnya PM bersama pesara kerajaan dan PM melancarkan kelab pesara kerajaan 1Malaysia di PWTC semalam.

Panglima Perang Cyber berkata...

patutlah nampak pelik.tq bro.

harap utusan dapat betulkan laporan ini.

saya akan email utusan segera untuk membaiki kesilapan.

tq

Cari Blog Ini

Translate