Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Julai 2012

Pak Lah kecewa namanya diguna pada Himpunan Oren - Utusan Malaysia



KEPALA BATAS 20 Julai - Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan tindakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan "Oren" kerana menggunakan gambar beliau pada poster perhimpunan berkenaan.

Abdullah berkata tindakan kumpulan itu menjatuhkan dan memburukkan imejnya sebagai bekas Perdana Menteri.

"Saya rasa tidak seronok langsung bila mereka (penganjur perhimpunan oren) guna nama dan gambar saya dalam poster, sedangkan saya tiada kaitan langsung dengan perhimpunan itu.

"Sepatutnya mereka tidak boleh buat macam itu dan jangan ambil kesempatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini, hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tertentu yang menggunakan gambar beliau dan tokoh veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, pada poster Himpunan Oren. - BERNAMA

Gambar dimaksudkan ialah 

NONE


Perkara ini telah diulas Malaysiakini di sini http://www.malaysiakini.com/news/203337 


Kita tidak pelik kegiatan mengguna nama sering dilakukan bertujuan untuk memburukkan nama pemimpin yang diguna oleh mereka. Sebelum ini ramai yang telah menjadi mangsa sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.

Inilah rupa parti yang mengaku membawa keadilan, ketelusan, integriti dan tidak peliklah ketua mereka tidak habis terpalit dengan tahi 'liwat' dan 'skandal' dulu hingga kini.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate