Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Julai 2012

Ketua Ulama PAS Kelantan Bidas PAS Ghairah Ke Putrajaya Lupa Tugas Dakwah Di Masjid Lebih Utama

Mohamed Daud

KOTA BHARU 6 Julai - Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud kesal dengan sikap kebanyakan pimpinan dan ahli Pas yang ghairah untuk ke Putrajaya sedangkan agenda dakwah sebenar dalam masyarakat seperti dipinggirkan.

Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, orang Pas sepatutnya memenuhi masjid dan mengadakan lebih banyak program dakwah serta pendidikan, bukannya merancang untuk merampas kekuasaan negara semata-mata.



Beliau berkata, lebih banyak masjid kini termasuk di Kelantan semakin suram tanpa agenda tarbiah sedangkan dalam sejarah Nabi Muhammad SAW telah meletakkan masjid sebagai pusat penting untuk menyuburkan agama.

"Kita sepatutnya menghidupkan masjid terlebih dahulu, kuasai masjid sebelum kita ghairah mahu berkuasa di Putrajaya....

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.


Penulis sangat bersetuju dengan kenyataan yang dibuat bekas Exco Negeri Kelantan ini. Dengan slogan membangun bersama Islam, masjid kini tidak lagi diimarahkan ekoran pemimpin PAS terlalu ghairah mahu menuju ke Putrajaya bukan ke syurga Allah Taala dengan program agama di masjid dan surau.

Perkara ini berlaku tentunya selepas 'perkahwinan mut'aah' yang sudah berlaku antara PAS dengan PKR termasuk DAP yang tidak pernah difikirkan oleh kita satu ketika dahulu. Dengan fatwa haram bersama orang kafir, tanpa diduga pihak yang mengeluarkan fatwa nampaknya telah menghalalkan fatwa mereka sendiri demi mencari kemenangan politik parti walau bercanggah dengan fatwa politik mereka sebelum ini.

Begitu juga tindakan menggunakan artis yang dulu begitu dihina oleh PAS merupakan  bukti bagaimana lidah tidak bertulang telah menukar segala pandangan tersebut selepas ia diamalkan sendiri oleh PAS. Kini PAS sudah berubah melebihi 360 darjah dengan menampilkan para artis di dalam program mereka dengan ahli PAS. Antaranya Aisyah, Bob Lokman, dan terbaru Abby Abadi.

Barangkali mereka sedar jumlah penyokong yang semakin merudum maka ia perlu ditingkatkan dengan populari artis yang khabarnya menerima 50 k setiap kali berceramah seperti yang diakui Hairie Othman di dalam twitternya sebelum ini.

Kesimpulannya : berbagai pihak kini sudah mula bangkit menyanggah perbuatan songsang pemimpin PAS, dengan dosa paling besar mereka lakukan ialah apabila menggugurkan satu persatu prinsip perjuangan PAS demi menjaga hati rakan Pakatan DAP dan PKR dan mengejar kuasa dan kedudukan. Tahniah Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan yang tentu perlu sentiasa berani memperkatakan kebenaran bukan menjadi seperti 'monyet diikat' yang tidak mampu bergerak ke mana-mana tanpa izin tuannya.

Wallahu A'lam.

2 ulasan:

sumi berkata...

Orang Umno pun sama la..

Dot berkata...

sumi,

mana sama? org umno tak mempermain2kan ayat AlQuran atas pentas politik. bahkan org2 umno TIDAK PERNAH membenarkan org kapir mempermain2kan ayat2 suci AlQuran dlm apa jua keadaan!

org umno juga tidak suka nak menuduh2 org Islam lain sbg kafir atau jahil sbgmn org2 pas yg suka menghukum sesama Islam.

org umno tidak perlu mempamerkan Islam mrk dgn jubah & serban tp melalui tanggungjawab sesama umat dgn bekerja menepati janji serta tidak menjanjikan syurga & langit ke tujuh dlm usaha utk mendapatkan undi...

bahkan banyak lagi perkara2 yg pas tuduh umno buat dulu bertentangan dgn ajaran Islam yg syumul tp pas sendiri yg lakukan sekarang tanpa segan & malu2...

kalu dulu pas kapirkan umno krn kerjasama dgn mca & mic, namun sekarang pas berkongsi pentas dgn dap yg sgt bencikan melayu & Islam, bahkan membiarkan dap menghina agama dgn mempermain2kan ayat2 suci AlQuran.

pas menuduh umno sekular dgn mengasing2kan politik & agama tp pas lebih teruk krn mencampuradukkan agenda lgbt yg Allah laknat dlm kerjasama dgn pgayr!

tak sama kan?

Cari Blog Ini

Translate