SANDAKAN, 18 Sept (Bernama) -- Indeks jenayah di negeri ini mencatatkan penurunan 11.48 peratus dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Katanya pencapaian itu juga membolehkan polis Sabah memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama dua tahun berturut-turut.
"Jika kita berhasil mengekalkan rekod itu, kita akan berjaya mengekalkannya selama tiga tahun berturut-turut tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan pemilik senjata api berlesen, di sini pada Selasa.
Katanya tahap kepuasan masyarakat terhadap tugas kepolisan juga akan terus dipertingkat, sekali gus mengeratkan lagi hubungan baik masyarakat dan PDRM yang sedia terjalin.
Hamza berkata perkara itu juga antara yang akan diaudit oleh pihak audit luar dalam memastikan peratusan yang disasarkan iaitu 45 peratus bagi tahap keselamatan dan 60 peratus bagi kepuasan masyarakat terhadap khidmat dan tugasan anggota PDRM tercapai.
-- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan