Link di sini http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2012/04/teguran-dan-bantahan-terhadap-karekter.html
Karektor Fifi dalam siaran Radio Hot.fm
memandangkan NGO-NGO Islam semua satu suara dalam menentang LGBT, adalah sangat elok untuk NGO-NGO Islam terutama PPMM mwnyuarakan kebimbangan terhadap beberapa isu yang mungkin dilihat enteng atau masalah kecil oleh sesetengah pihak.
Satu-satunya isu yang PPMM lihat cuba dinormalisasikan di media-media Malaysia hari ini ialah watak lelaki lembut bersuara wanita yang dibuat-buat. Watak sebegini kebelakangan sering ditonjolkan di kaca-kaca televisyen, Watak ini juga dalam pemerhatian PPMM sering diselitkan antaranya dalam siaran televisyen yang bergenre komedi, ini tidak kurang juga ditonjolkan di corong-corong radio. Kini, apa yang dilihat, ia sedang berlaku di radio Hot.fm apabila watak 'Fifi', sebagai lelaki lembut menjadi salah seorang penyampai di stesen radio berkenaan.
Watak tersebut mungkin dari mata kasar hanya sekadar watak komedi dan tidak lebih dari itu. Akan tetapi, secara tersiratnya, ia ingin mengambarkan bahawa masyarakat sedang menerima 3 gender dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia iaitu, Lelaki, Perempuan dan Pondan/Transgender.
Lebih merbahaya apabila ada penyampai radio lelaki menyatakan kepada penyampai radio berwatak fifi tersebut dengan katanya "cik fifi memang suka duduk depankan..." pada 27 Mac 2012 . Walaupun sekali dengar seolah ia satu komedi, tetapi pada makna lain, ia menunjukkan keingin seksual si Fifi yang berwatak pondan.
Saya mengandaikan, dalam sepuluh responden yang mendengar perbualan penyampai tersebut, hanya 2 orang yang sensitif terhadap dialog tersebut. Ini jika dibiarkan berterusan, hanya akan mematikan sensitiviti masyarakat selain ianya sebagai memudakan lagi budaya ini diterima oleh masyarakat di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan