Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 November 2012

Edisi Celaka Celaka Celaka Hj Hadi - Pertahan Doa Hancur UMNO BN - Ulama Atau Syaitan Ini Orang ???


Dalam ucapan beliau semasa berucap di muktamar Pas dua hari lepas beliau menyindir Umno sebagai parti syaitan...Kemudian dinafikan dengan menyebut siapa makan cili akan terasa pedas.

Selepas itu Hj Hadi juga mempertahan perbuatan yang dilakukan adik Nik Aziz bernama Nik Razi semasa perhimpunan solat hajat dua hari lepas di Stadium Sultan Muhammad. Seperti berita di bawah.

Yang jelas Nik Razi selaku wakil Dewan Ulama PAS terang-terangan mendoakan kehancuran Umno dan BN bukan kehancuran ideologi seperti yang cuba diputarbelitkan oleh beliau dalam kenyataan di bawah.

Tidak pernah lagi ada ulama sekotor ini pendiriannya dan orang seperti inilah yang sebenarnya memburukkan Islam. Kefahaman Islamnya sangat jijik dan kotor kerana membiarkan perbuatan mendoakan kehancuran parti Melayu Islam UMNO. Adakah ia berpunca kerana kewahabiannya yang sama nadanya seperti Nik Aziz lalu kedua merekalah yang banyak mengkafirkan Umno dan menyesatkan parti keramat Orang Melayu Islam ini ? 

Perbuatan beliau bukan baru, bahkan sudah mencecah 31 tahun... Beliau jugalah dalang yang berani dan sanggup mengkafirkan UMNO yang disebut Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April1981. 

"Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

Celaka atas kamu wahai Hj Hadi!

Celaka atas kamu wahai Hj Hadi !

Hancurlah kamu dengan penyelewengan yang kamu lakukan terhadap agama Allah yang suci ini.

Moga Laknat Allah ke atas kamu wahai Hj Hadi yang biarkan perbuatan membuka pintu murtad kepada orang Melayu Islam oleh anak Anwar Ibrahim.

Moga Laknat Allah dan sekelian penduduk langit dan bumi wahai Hj Hadi dan semua ahli agama yang menjadi setan bisu membenarkan perbuatan kamu, sehingga membenarkan kalimah Allah diguna bukan Islam !

Moga Laknat Allah kepada kamu yang gadaikan akidah Islam demi kuasa....

Cukup cukup cukup sudah perbuatan kamu selama ini, sehingga menyebabkan keluarga pecah belah, umat punah ranah, dan rosak akidah bila menggunakan perkataan kotor kamu untuk kafirkan orng Islam UMNO!

Kini sudah tiba masanya Umno hentikan sebarang keinginan berdamai dengan puak celaka dan gila kuasa ini. Sudah cukup masa membuka tawaran berdamai. Masa sekarang menghancurkan PAS yang layak digelar pengkhianat kepada Islam apabila selalu bela parti DAP PKR yang mengamalkan politik liberal sehingga 'memperkosa' kesuciaan agama Islam kita.

Masanya sekarang kita serang hingga lumat segenap segi perbuatan PAS dan DAP PKR yang begitu banyak merosakkan negara dengan fitnah dan tipudaya.

Masa berlemah lembut sudah tamat dan jangan kita berlembut hati lagi kepada puak ini.

Mendoakan saudara seagama agar hancur dan menggelar parti syaitan, cukup membuktikan kebodohan pemimpin Pas ini yang tidak ada niat kecuali menjadi khadam bodoh kepada DAP  dan PKR !

Jika dia menjadi khadam kepada Islam sudah tentu kebenaran akan dipertahan walau terpaksa hilang kawasan !!!

Celaka atas kamu Hj Hadi !!!

Celaka atas kamu Nik Aziz !!!

Celaka atas kamu Anwar Ibrahim !!!

Celaka atas kamu Lim Kit Siang dan Karpal Singh dan DAP !!!



Sent from my iPad

1 ulasan:

musa3 berkata...

Mari kita doakan mereka segera insaf dan kembali keribaan UMNO. Pemimpin mereka telah jauh hanyut kerana mengejar arus kuasa. Mari kita hulurkan tali, moga-moga mereka belum lagi lemas.

Cari Blog Ini

Translate