Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Januari 2013

Kalimah Allah: Kifarah Kepada PAS Bukti Sayangnya Allah Agar HambaNya Insaf

Rumah Allah PAS

Penulis masih lagi berlegar di isu yang sama, iaitu kalimah Allah.  Kalimah tauhid yang perlu kita, umat Islam, pertahankan at all cost.

Selama beberapa dekad kewujudan PAS, retorik serta extrimis tidak boleh dipisahkan diantara parti itu dan pengikutnya. Hujah mereka, dua faktor berkenaan digelapkan dan dimanipulasi dengan ganjaran Syurga kepada pengikut mereka.

Maka, lahirlah golongan yang mendabik dada kononnya lebih Islam dari orang lain.  Syurga semakin hampir, mengikut kepercayaannya.

Jangan pernah lupa bagaimana modus operandi mengkafirkan saudara Islam yang lain, hanya kerana berlainan fahaman politik. Itu gara-gara amanat Hj Hadi Awang 1981.

Berlegarlah dakwaan UMNO kafir, perlembagaannya kafir, dan pentadbirannya juga kafir.  Tidak terlepas pandang, lesen judi dan arak serta rumah-rumah urut dijadikan modal penting dalam mempengaruhi rakyat. Itulah modal mereka, sehinggalah 2008 menjelma, di mana nikmat kuasa diberikan kepada PAS untuk dihirup.

Manisnya hirupan itu, PAS mula lemas dan "ketagih".  Tanpa disedari, PAS sedikit demi sedikit berubah. Demi kuasa, demi politik.  Dalam masa 4 tahun, PAS telah berubah secara drastik, semakin plastik.

Kalau dulu mereka berhujah, tanpa kompromi dan secara esktrim menolak lesen judi dan arak, apatah lagi kilang Carlsberg di Shah Alam yang menjadi tempat lawatan ahli Parlimen PAS, Khalid Samad.

Apa hujah mereka sekarang?  Tahaluf siyasi? Maqasid Syariah? Boleh pula untuk mereka, walhal hujah yang sama pernah diberikan, tetapi ditolak bulat-bulat.  "Al haramu wal halalku"; apa yang kau buat semuanya haram, apa yang aku buat semuanya halal.

Pusingan 360 darjah ini cukup mengejutkan.  Rupanya, manisnya kuasa itu tidak tertahan-tahan. Segalanya boleh… demi undi.

Kini, kalimah Allah pula dijadikan bahan untuk sistem "Barter", demi undi dan sokongan untuk terus menikmati kemanisan kuasa. Rasanya, tiada sesiapa di negera ini, boleh terfikir bahawa PAS sanggup sampai ke tahap itu. Lebih parah, kepimpinan PAS yang diketuai oleh Hadi Awang, sanggup menyerahkan kalimah Suci itu digunakan di dalam Bible, yang mana Allah itu bersifat triniti; Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Rohul kudus – tiada Esanya.

Benarlah kata-kata dari Hasan Ali, bahawa itulah kifarah Allah kepada PAS, terutamanya Hadi Awang akibat dari persengkongkolannya dengan DAP laknatullah dan Anwar.

Sedikit kuasa yang Allah berikan kepada PAS rupanya satu dugaan, yang mana PAS terus hanyut dan mabuk, semabuk kisah arak yang dahulu diharamkan, kemudian dibenarkan.  PAS tidak mampu menahan gelodak nafsu ingin berkuasa.  Allah jadi galang gantinya!

Itulah kifarah dari Allah kepada PAS yang bersubahat dengan DAP dan Anwar.

Dari Surah An- Nisaa Ayat 44 :

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.  Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

Tags: 
http://www.selangordaily.com/?p=7115


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate