Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Januari 2013

RIDHUAN TEE: Sejauh manakah kita pakar ?

(Sinar Harian 28 Jan 2013)

Saya begitu teruja dengan kenyataan seorang pakar ekonomi sebuah bank, yang akan menyaman sesiapa sahaja  yang cuba mencemarkan reputasinya dan membuat kenyataan fitnah mengenai "integriti dan kredibiliti" beliau dalam prestasi kerjayanya. Ini berhubung dengan kenyataannya dalam satu forum ekonomi di negara jiran, bahawa BN akan kalah dalam PRU 13.

Analisa beliau adalah, pertama; BN kalah tipis dan kemenangan untuk PR. BN hanya mendapat 97-107 kerusi parlimen, manakala PR, 115-125. BN gagal untuk menawan semula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. BN kalah teruk di Melaka, Sabah dan Sarawak, begitu juga di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis. BN menang tipis di Pahang dan Johor.

Kedua, BN menang tipis. Hanya mendapat 112-122 kerusi parlimen. PR mendapat, 100-110. BN gagal menawan semula negeri-negeri yang sekarang ini di bawah PR. BN kalah di Perak dan Negeri Sembilan.

Ketiga, BN kalah teruk. Hanya mendapatkan 82-92 kerusi parlimen. Kemenangan besar PR, dengan 130-140 kerusi parlimen. BN gagal mendapatkan semula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Kalah teruk di Sabah dan Sarawak, juga di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan Pahang. Menang tipis di Johor dan Melaka.

http://ridhuantee.blogspot.com/2013/01/sejauhmanakah-kita-pakar.html?m=1


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate